15 Aktiviti Menarik Yang Anda Perlu Lakukan di Busan

Busan, bandar pelabuhan terbesar di Korea Selatan, sering mendapat pujian ramai kerana keindahan alam semula jadinya yang terdiri daripada pantai, gunung-ganang, dan padang bunga yang luas. Lokasinya yang dikelilingi Laut Kuning dan Laut Jepun membuatkannya antara destinasi terbaik untuk menikmati makanan laut yang segar.

Busan juga amat terkenal dengan festival berkelas dunia, Busan International Film Festival, yang sering menarik pengunjung dari pelbagai negara luar. Malah, dengan landskap bandaraya dan perkampungan yang mengagumkan serta seni dan budaya yang terpelihara rapi, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk melawati bandar ini!

Jadi, kami telah menghimpunkan senarai aktiviti-aktiviti menarik yang anda mesti lakukan di Busan!

Baca juga: 20 Aktiviti Menarik Untuk Percutian Yang Berbaloi Di Seoul

1. Mandi-manda dan bersantai di

Image credit: by iloveconor.com

digelar antara pantai tercantik di Korea Selatan kerana airnya yang biru dan kawasannya yang besar sepanjang 1.5 kilometer. Di sini, anda boleh mandi-manda, berpiknik, meluncur air dan jika anda berminat, anda boleh melihat pelbagai spesis hidupan marin di Sea Life Busan Aquarium yang berdekatan. Terdapat juga restoran, kafe, dan bangunan-bangunan komersial seperti hotel yang terletak berdekatan pantai ini.

2. Hayati kecantikan alam semula jadi di

Image credit: Jacques Beaulieu

Taman yang berukuran sepanjang 5 kilometer ini ialah taman semula jadi yang terletak di atas bukit. Anda boleh menemui pelbagai tempat tarikan yang cantik seperti kawasan observatori, rumah api Yeongdo, tokong Taejongsa dan Gumyeongsa dan Taewon Pebble Yard. Bagi yang gemar mendaki, anda tidak perlulah membeli tiket Danubi Train (KRW 3,000/RM 10.55) untuk bersiar-siar di sini.

3. Menjamu makanan laut segar di

Image credit: Justin De La Ornellas

Dengan gelaran bandar pelabuhan terbesar di Korea Selatan, maka tidak peliklah jika juga digelar pasar ikan terbesar di negara ini!

Terdiri daripada tujuh buah tingkat, pasar ini bukan sahaja mengandungi tempat jualan makanan laut, malah terdapat juga deretan restoran, bilik pameran, pusat karaoke, rumah tetamu dan skypark. Antara menu popular di sini ialah sashimi, ganjang gejang (ketam mentah dengan perapan kicap), dan kkomjangeo bokkeum (ikan hagfish bakar ditumis pedas).

4. Temple-run di sekitar Busan

Image credit: Busan Metropolitan City Official Website

Bagi yang berminat untuk menerokai tempat-tempat suci di Busan, pilihan utama pengunjung ialah Haedong Yonggungsa Temple dan . Keunikan Haedong Yonggungsa Temple terletak pada lokasinya di pesisiran laut, manakala pula terletak berdekatan dengan Geumjeongsan Mountain dan dikelilingi dengan bunga Wisteria yang cantik.

5. Saksikan ‘light show’ dan suasana malam di

Image credit: Busan Metropolitan City Official Website

Menjelang waktu malam, anda boleh menuju ke untuk melihat cahaya lampu berwarna-warni di Gwangan Bridge. Juga dikenali sebagai Busan 66, jambatan atas air Gwangan Bridge yang berukuran sepanjang 7.4 kilometer akan menerangi bandaraya Busan dengan ‘light show’ yang bermula setiap pukul 8 malam selama 10 minit. Jangan ketinggalan!

6. Baca buku dan minum kopi di Bosu-dong Book Alley

Image credit: Photo and Share CC

Korea Selatan memang cukup terkenal dengan lorong-lorong kecil yang menjual barangan istimewa dan unik. Di Busan, Bosu-dong Book Alley yang mengandungi deretan kedai buku terpakai dan kafe yang cantik amat sesuai untuk anda yang ulat buku! 📘☕

7. Makan street food di BIFF Square dan Let’s Eat Alley

Image credit: lumei

BIFF Square pernah menjadi tempat rasmi Festival Filem Antarabangsa Busan sebelum ia dipindahkan ke Busan Cinema Center di Centum City. Tetapi, tarikan seperti panggung wayang, kawasan membeli-belah, kafe dan warung makanan membuatkan tempat ini masih terus hangat dikunjungi ramai.

Makanan yang paling popular di sini ialah ssiat atau penkek berinti kuaci! Jika anda mahukan makanan yang lebih berat, anda boleh menuju ke Meokja Golmok (Let’s Eat Alley) berdekatan untuk menikmati bibimbap dan pajeon.

8. Bersiar-siar di landasan keretapi

Image credit: visitbusan.jp Official Instagram

ialah antara tempat tercantik di Busan untuk anda yang gemar  mengambil gambar. Landasan keretapi yang sudah tidak digunakan lagi ini dibuka untuk pengunjung bersiar-siar sambil menikmati pemandangan berdekatan. Terdapat juga beberapa ‘art installations’ dan kafe yang cantik di sini!

9. Hayati seni dan street art di ‘Santorini of Korea’

Jika street art dan seni ialah salah satu sebab anda pergi bercuti, Gamcheon Cultural Village pasti akan membuatkan anda gembira! Rumah berwarna pastel lembut, mural dan karya seni yang kreatif, kafe-kafe moden dan lorong yang kecil – semuanya ada di sini.

Tip: Untuk menggunakan masa dengan sebaik-baiknya, pastikan anda membeli peta interaktif di Busan Culture Village Tourist Information Center! 😃

10. Mendaki di

Image credit: Jens-Olaf Walter

Kepada sesiapa yang masih belum tahu, mendaki ialah hobi kebanyakan masyarakat Korea Selatan! Jadi, negara ini memang patut menjadi destinasi idaman anda yang kaki hiking!

Di Busan, ialah antara tempat mendaki yang popular dan sesuai untuk pendaki tahap sederhana dan sukar. Pendakian akan mengambil masa kira-kira 2 jam sehala dan setelah anda tiba di puncak, anda dapat melihat pemandangan bandaraya Busan dan kawasan perairan di sekelilingnya.

11. Cafe-hopping di Jeonpo Cafe District

Image credit: Busan Metropolitan City Official Website

Bagi penggemar manisan, pastri dan kopi, anda bolehlah menuju ke Jeonpo Cafe District untuk aktiviti yang wajib iaitu cafe-hopping! 😋Kawasan ini pernah menjadi kawasan perindustrian pada waktu dahulu dan kini, kira-kira 30 buah kafe yang moden dan unik menghiasi tempat ini. Antaranya ialah Seoul Kitchen, Vintage 38, Inouf dan FM Coffee House.

12. Nikmati pemandangan matahari terbit di

Image credit: Busan Metropolitan City Official Website

Kalau anda mahu saksikan pemandangan matahari terbit yang tercantik di Busan, bangun awal pagi dan pergi ke salah satu hidden gem iaitu ! Matahari yang terbit di sebalik Songiljeon Pavilion di sini memang benar-benar tiada tandingannya.

13. Bersiar-siar dan berpiknik di

Image credit: Busan Metropolitan City Official Website

Bersaiz sebesar 750,000 meter persegi, ialah antara tempat yang paling terkenal untuk melihat padang bunga dan taman yang cantik. Bergantung pada musim, pelbagai bunga dapat dilihat seperti bunga kanola, bunga matahari, bunga cosmos dan bunga sakura. Terdapat juga ladang buluh, laluan berbasikal serta tempat rekreasi dan berkhemah di sini! 😍😍

14. Membeli-belah di daerah

Image credit: Ken Eckert

Untuk membeli barangan seperti pakaian dan cenderahati yang murah, anda perlu menuju ke daerah yang terletak berdekatan BIFF Square dan Jagalchi Market. Cukup terkenal sebagai kawasan membeli-belah, anda mempunyai pelbagai pilihan di sini seperti Nampo Underground Shopping Centre, Gukje Market dan Main Street. Bersedia untuk rambang mata, ya!

15. Ataupun pergi ke pusat membeli-belah terbesar di dunia!

Image credit: Visit Korea Official Website

Terbesar di dunia?😮😮

Ya, Busan ialah tuan rumah bagi Shinsegae Centum City, sebuah pusat membeli-belah yang terbesar di dunia menurut Guinness World Records. Jadi, jika anda kaki shopping dan gemarkan jenama mewah dari pelbagai butik berkelas dunia, anda perlu singgah ke sini!

Baca juga: Panduan Bercuti Bajet Di Korea Selatan Khas Untuk Orang Malaysia

Jadi, inilah tempat-tempat yang anda perlu lawati jika anda berada di Busan. Tapak-tapak yang mesra alam, tarikan semula jadi yang mengagumkan serta warisan budaya yang kekal terpelihara pasti akan membuatkan anda jatuh cinta dengan bandar pelabuhan ini. Jom ramai-ramai ke Busan!

By Salmi

Brand Managers!

Want to see your brand or business in this story?

Talk to us now

品牌经理们!

想在本文中看见您的品牌或公司吗?

现在就和我们联系吧

RECOMMENDED READS

RECENT ARTICLES