第三次踏足台湾,我们的行程也许说不上超级好玩,但也是我结合前两次的经验所排出来的,比较“顺”也涵盖大部分重要景点的路线。仅供大家参考,也祝你们旅途愉快!
Bagi para foodie di luar sana, inilah senarai yang sudah lama ditunggu-tunggu anda! Jika anda merancang untuk datang ke Pulau Pinang, kami telah menghimpunkan sebanyak 21 tempat makan yang dijamin halal dan terbaik di sekitar negeri ini. Ketahui di mana untuk menikmati masakan Melayu, Cina, India, Peranakan dan banyak lagi di syurga makanan ini!
Di Bee Hwa, anda dapat menikmati menu istimewa seperti Char Koay Teow, Hokkien Mee dan Curry Mee! Yang paling istimewanya, penduduk yang terdiri daripada pelbagai bangsa gemar menjamu selera di sini!
Ayam tandoori sudah biasa didengar, jadi apa kata anda cuba Ayam Milani pula di sini? Sesuai digandingkan dengan roti naan atau biryani, Ayam Milani ini sebenarnya ayam bakar yang dihidangkan dengan sos yang berasaskan mentega, susu dan rempah-ratus. Memang lain daripada yang biasa!
Sila tahan diri anda daripada mencedok semua lauk kerana berpuluh-puluh periuk yang akan menanti anda di sini. Tapi, jangan lupa hidangan istimewanya iaitu Ikan Cencaru Belah Belakang yang datang dengan bawang goreng yang garing.
Memang satu dalam seribu. Sumpah!
Kalau anda mahu merasai Hokkien Mee yang halal dan terenak di Pulau Pinang, anda perlu datang ke sini! Selain Hokkien Mee, warung ini juga menyediakan Mee Bandung, Char Hor Fun dan Mee Hailam.
Ali Nasi Lemak terletak di hadapan Sri Weld Food Court yang menjual kebanyakan makanan Cina (tidak halal). Jadi, apa yang saya sering lakukan ialah beratur untuk dapatkan Nasi Lemak ini dan bawa balik!
Nampak macam air sirap biasa tapi ini bukan biasa-biasa! Pada harga RM2, anda dapat menikmati minuman yang terdiri daripada air kelapa, kisaran ais, esen ros, biji selasih, bunga kembang semangkuk, herba dan isi kelapa. Cendol juga ada dijual di sini!
Kari Kepala Ikan, Ayam Ros, Kambing Kurma dan Murtabak ialah antara makanan yang popular di restoran Nasi Kandar yang tertua di negeri ini!
Jika anda berada di sekitar Batu Ferringhi, pastikan anda singgah ke Cendol Asli Pak Haji. Mereka menjual pelbagai jenis cendol seperti Cendol Mangga, Cendol Durian, Cendol Jagung dan banyak lagi!
Kuah yang pekat dan udang yang segar? Jom pergi ke Teluk Kumbar sekarang juga!
Mahukan Nasi Kandar yang paling berpatutan dan sedap di Pulau Pinang? Inilah tempatnya!
Ingat, restoran ini hanya mula dibuka pada pukul 10 malam, jadi siap sedia untuk beratur ya!
Basah, banjir dan sedap. Tiga perkataan yang sesuai untuk menggambarkan hidangan ini!
Bagi yang tidak gemar akan kambing, terdapat juga pelbagai jenis sup yang dihidangkan di sini!
Pulau Pinang juga terkenal dengan nasi dalca, iaitu gabungan nasi putih yang dimasak dengan kacang dal! Pilihan lauk di sini tidak banyak, tetapi sungguh menyelerakan seperti ayam goreng, ayam madu dan kari kambing. Jangan lupa untuk mencuba chutney kelapanya yang istimewa!
Bagi yang berada di sekitar kawasan Ayer Itam, pastikan anda beratur selepas subuh di Nasi Kandar Kampung Melayu. Lupakan Nasi Lemak buat seketika dan cuba Nasi Kandar pula untuk sarapan pagi anda!
Tidak banyak restoran masakan Nyonya di Pulau Pinang yang disahkan halal kecuali di Kota Dine & Coffee! Kini, anda berpeluang untuk menikmati masakan Cina Peranakan seperti asam pedas, rendang, otak-otak dan pie tee!
Identiti masyarakat Jawi Peranakan sering dikelirukan dengan masyarakat Mamak dan ia sebenarnya berbeza! Jawi Peranakan ialah gabungan etnik Melayu dengan etnik India di bahagian utara seperti Pakistan, Arab dan Benggali. Di Jawi House Cafe Gallery, anda dapat mempelajari sendiri tentang sejarah ini melalui menu mereka seperti Nasi Lemuni, Nasi Biryani dan Nasi Tomato!
Antara gerai roti canai yang terkenal dan tersibuk di sini ialah Roti Canai Gemas Road. Siapa sahaja yang tak mahu roti canai yang dibanjiri tiga jenis kuah kari bersama topping telur, keju cheddar dan bawang, kan? Memang silap besar jika anda tidak datang ke sini!
Di Pulau Pinang, peranan makanan bukan sahaja untuk mengisi perut, tetapi juga untuk mengingati adat, budaya, dan cara hidup tinggalan nenek moyang yang bersejarah. Jadi, gunakan senarai ini dan jangan ragu-ragu untuk menikmati masakan Pulau Pinang yang halal dan enak!
第三次踏足台湾,我们的行程也许说不上超级好玩,但也是我结合前两次的经验所排出来的,比较“顺”也涵盖大部分重要景点的路线。仅供大家参考,也祝你们旅途愉快!
一个女孩子家独自到东京旅行也不怕!达人以个人经验与你分享吃好、玩好、一个人也很好的独门诀窍!
因为你绝对没有听过、看过、尝过比这更疯狂的料理!
9月16日。。。约吗?
山峦起伏的森美兰州, 有绿意盎然的美景, 成片成片的热带雨林在雨后更加翠绿, 空气更加新鲜! 这里绝大部分的民宿都以贴近自然为特色, 因此有些民宿甚至让你住进没有无线网络的鸟巢, 真实感受远离世俗和尘嚣的滋味。 今天小编推荐几座值得一去的森美兰民宿。 环境幽静空气新鲜的好地方, 千万不能错过!
Discover the land Down Under like never before.
无论你想体验传统韩式的民宿,还是要豪华的海边小屋,都能满足你!
预算有限也能住进素质好的住宿!
到马来西亚的 “米饭之都” 旅游吧!
经常去云顶的朋友们,不妨参考参考!