Tourism Australia Mobile Image

25 Aktiviti Menarik Di Kyushu, Sebuah Daerah Di Jepun Yang Ramai Tidak Tahu

Dengan adat budaya yang unik, tempat tarikan yang mengagumkan dan makanan yang cukup enak, Jepun ialah antara destinasi pelancongan yang amat terkenal di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan pelancong, termasuklah pelancong Malaysia, perjalanan ke Jepun cuma akan meliputi daerah Kanto (Tokyo), daerah Kansai berdekatan (Osaka dan Kyoto), dan mungkin juga Hokkaido di bahagian utara.

Tanpa pengetahuan kebanyakan orang luar, terdapat sebuah tempat yang masih belum diterokai para pengunjung walaupun ia sangat istimewa! Saya memaksudkan tentang daerah Kyushu yang terletak di bahagian selatan Kepulauan Jepun!

Image credit: T.kambayashi

Kyushu (yang membawa maksud Sembilan Wilayah) sebenarnya ialah salah satu daripada lima buah pulau utama di Jepun dan juga pulau ketiga terbesar di sini. Antara wilayah-wilayah yang paling terkenal di Kyushu ialah Fukuoka, Kagoshima, dan Nagasaki. 

Terletak di kawasan pergunungan, Kyushu mempunyai tarikan yang benar-benar mengagumkan dan juga mampu menandingi deretan tarikan pelancong yang lain! Jom lihat di manakah tempat-tempat ini!

Baca juga: 20 Aktiviti Menarik Yang Anda Perlu Lakukan Di Kyoto

Wilayah Fukuoka

1. Bersiar-siar sambil dikelilingi ribuan bunga wisteria di Kawachi Fuji Garden

Saya tak nafikan bahawa musim bunga sakura (sekitar Mac – April) ialah antara musim tersibuk di Jepun dari segi pelancongan. Namun, jika anda tidak gemar akan tempat yang sentiasa penuh dengan pelancong dan masih ingin menikmati pemandangan bunga tercantik di Jepun, anda boleh melawati Kawachi Fuji Garden yang dikelilingi bunga wisteria! 

Mula mekar pada sekitar bulan April dan Mei (selepas kegilaan akan musim bunga sakura surut), pokok-pokok ini mewarnai taman dengan bunga wisteria berwarna ungu yang bergantungan di atas kepala sementara anda bersiar-siar sepanjang lorong ikonik Kawachi Fuji Garden. Dikelilingi pemandangan yang cukup istimewa, anda pasti takkan lepaskan peluang untuk mengambil gambar di sini! 

2. Lihat keindahan Icicles of Gouradani (Nanshogataki) pada musim sejuk di perkampungan Umi

Selain fenomena bunga wisteria, Icicles of Gouradani (juga dikenali sebagai Nanshogataki) ialah fenomena musim sejuk yang tiba pada setiap tahun di perkampungan kecil Umi. Di sini, terdapat beberapa trek mendaki yang akan membawa pengunjung menerokai kawasan pergunungan yang cantik. Tetapi, kecantikan ini berganda menjelang musim sejuk.

Tatkala suhu mula menurun pada musim sejuk, air yang kebiasaannya mengalir di gunung-ganang di sini akan bertukar menjadi ais, lalu membentuk isikel (juraian air batu) yang mampu mencecah sepanjang 20m! Air terjunnya juga akan membeku dan membentuk dinding ais yang amat cantik, seolah-olah Elsa pernah menjelma di kawasan ini! 

Jika anda ingin menikmati pemandangan luar biasa ini dengan lebih istimewa, jangan malu-malu untuk berkhemah di tapak perkhemahan Umicho Showanomori. Tetapi ingat, sejuknya bukan biasa-biasa!

3. Luangkan masa di salah satu kompleks membeli-belah terbesar dan terunik di Jepun

Image credit: Thilo Hilberer

Canal City Hakata pasti merupakan salah satu kompleks membeli-belah yang paling unik yang anda lawati. Dengan lebih daripada 260 buah kedai yang menawarkan aneka barangan dan makanan dan juga dilengkapi dengan sebuah taman tema, panggung wayang, teater persembahan dan hotel, Canal City ialah antara kompleks membeli-belah terbesar di negara itu! 

Seperti namanya, tarikan utama di Canal City ialah terusan air buatan manusia yang terletak di sepanjang kompleks ini. Di tengah-tengahnya pula ialah sebuah air pancut yang memainkan muzik dan persembahan air pada setiap jam! Walaupun anda tidak bercadang untuk membeli-belah, anda pasti akan berseronok menerokai tempat ini.

4. Lawati Tenmangu Shrine yang cantik

Tokong ini amat terkenal dalam kalangan pelajar!

5. Bersiar-siar di Ohori Park yang romantik

Fakta menarik: Ohori Park sebenarnya dibina menyerupai West Lake of Hangzhou, China. Ia merupakan salah satu tempat yang paling popular dikunjungi bersama pasangan dan keluarga untuk bersiar-siar pada waktu petang.

6. Lawati Tanga Ichiba Market yang bersejarah untuk dapatkan makanan laut segar

Image credit: Kugel

Tahukah anda bahawa Tanga Ichiba Market telah wujud selama lebih daripada 100 tahun?

7. Makan ‘street-food’ puas-puas di Yatai Street yang amat terkenal di Fukuoka

Image credit: Yoshikazu TAKADA

Fakta menarik: ‘Yatai’ ialah deretan warung kecil seperti pasar malam di Malaysia!

8. Saksikan Hakata Gion Yamakasa yang berwarna-warni

View this post on Instagram

🇫🇷 Oisa oisa ! Le festival Yamakasa s’est achevé lundi matin à Fukuoka. Cette année, à défaut d’aller voir la course finale, Kiyo et moi avons bien profité des "entraînements" comme ici au sanctuaire Kushida. C’était super impressionnant de voir les hommes porter ces immenses chars d’aussi près !! Vais-je réussir à convaincre Kiyo d’y participer l’an prochain ?😄 ・ 🇯🇵 おいさおいさ!令和元年の博多祇園山笠が無事に終わりました。 今年も追い山を見にいけなかったが、追い山ならしや櫛田入り練習など、色々見れて満足しています。特に印象に残ったのは櫛田入りでした。お櫛田さんで初めて山笠を見たんですが、男たちが近くて、やっぱり迫力がすごかったです! 来年は夫は走ってくれるかな?😄 ・ 🇬🇧 Oisa oisa! The Hakata Gion Tamakasa festival ended this Monday in Fukuoka city. This year too I wasn’t able to see the final race but I went to watch many events such as "Kushida-iri" which is a rehearsal for the race. It was the first time for me to see Yamakasa in Kushida shrine and the men’s power were impressive! Will my husband would like to run next year?😄 ・ #Japan #Japon #Kyushu #Fukuoka #Hakata #FukuokaCity #FukuokaPics #Yamakasa #HakataGionYamakasa #FukuokaTrip #iLoveFukuoka #FantasticFukuoka #KyushuTrip #JapanTravelPhoto #DiscoverJapan #VisitJapanJP #DiscoverUnder10k #JapanLife #Japan_Lovers #VivreAuJapon #JapanDaily #LifeInJapan #FukuokaLife #OnsenIslandKyushu #JapanTravel #VisitJapanFR #VisitJapanJP #九州 #福岡 #博多祇園山笠

A post shared by Béné no Fukuoka ! | ベネの福岡! (@bene_fukuoka) on

Diadakan setiap tahun dari 1 hingga 15 Julai, Hakata Gion Yamakasa ialah sebuah perlumbaan yang menarik di bandar ini. Ia merangkumi kereta berhias yang besar (setiap satu mewakili tujuh daerah di Fukuoka) yang dibawa berarak oleh sekumpulan lelaki. Ia merupakan acara yang amat meriah dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan. Jadi, jika anda mengunjungi Fukuoka pada bulan Julai, pastikan anda menghadiri acara yang unik ini!

Wilayah Nagasaki

9. Pelajari tentang sejarah hitam Nagasaki sebelum dan selepas tragedi pengeboman atom di Atomic Bomb Museum

Image credit: Asturio Cantabrio

10. Masuk ke dunia Eropah di Huis ten Bosch

Huis ten Bosch yang terletak di bandar Sasebo ialah sebuah taman tema yang dibina berdasarkan Dutch Village di Netherlands. Ada yang mengatakan bahawa saiznya ialah dua kali ganda lebih besar berbanding Tokyo Disneyland. Hebat, bukan?

Sebaik sahaja anda memasuki taman tema ini, anda akan serta-merta melihat terusan air, kincir angin, padang bunga tulip dan dataran terbuka yang dipenuhi aroma wangi biji kopi yang pasti akan mengingatkan anda tentang Amsterdam.

Walaupun begitu, Huis ten Bosch bukanlah sekadar klon Netherlands yang murah. Di sini, anda berpeluang menemui hutan burung hantu, persembahan lampu berteknologi tinggi, aktiviti menaiki gondola yang romantik, taman tema air, tarikan VR (‘Virtual Reality’), dan juga gelanggang meluncur ais yang dihiasi lampu berwarna-warni!

Pendek kata, Huis ten Bosch ialah salah satu tarikan yang anda perlu kunjungi bersama keluarga di Kyushu! 

11. Jejaki sejarah lama kedatangan kuasa Eropah di Jepun di Glover Garden

Image credit: Tina Ivano

12. Bersiar-siar di sepanjang jalan terbiar di Hashima Island

Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimanakah rupa bumi ini sekiranya semua manusia hilang begitu sahaja pada suatu hari? Anda akan temui jawapannya di Hashima Island, juga dikenali sebagai Gunkanjim (yang bermaksud kapal perang dalam bahasa Jepun). 

Bersiar-siar di atas jalan yang senyap sunyi dan dipenuhi dengan lalang pasti akan membuatkan anda tidak menyangka bahawa pulau ini ialah salah satu tempat yang paling ramai didiami orang sehinggalah tahun 1974. 

Ditubuhkan pada tahun 1887, pulau ini pernah menjadi tapak industri perlombongan arang batu, maka banyak bangunan dibina untuk menempatkan para pelombong dan ahli keluarga mereka. Walau bagaimanapun, pada tahun 1974, setelah pemindahan beramai-ramai dijalankan susulan penutupan lombong itu, pulau ini menjadi terbiar sepenuhnya dan hampir dilupakan sebelum masyarakat tempatan mula menerokainya semula pada tahun 2000. 

Saki-baki peninggalan Hashima Island kini hanyalah pulau terbiar yang mula didominasi oleh tumbuh-tumbuhan semula jadi. Tetapi, disebabkan ketiadaan penduduk di sini, Hashima Island menjadi tempat yang paling istimewa untuk sesi fotografi. Malah, pulau ini pernah menjadi tempat penggambaran filem James Bond iaitu ‘Skyfall’ pada tahun 2012!

Wilayah Kagoshima

13. Mendaki di pulau dongeng Jepun, Yakushima Island

Masyarakat tempatan percaya bahawa Yakushima Island menerima hujan selama 32 hari setiap bulan. Walaupun ia sudah pasti tidak benar, pulau ini sememangnya menerima lebih banyak hujan berbanding destinasi lain di Jepun. 

Hujan yang banyak ini telah mengizinkan pokok-pokok araz  (juga dikenali sebagai ‘cedar forest’) untuk bertumbuh dengan subur, sekaligus menjadikan ia kelihatan seperti dunia dongeng yang sempurna untuk aktiviti pendakian dan ‘jungle trekking’. Selamat meneroka!

14. Mendaki ke Kirishima-Kinkowan National Park untuk pemandangan hebat

View this post on Instagram

𝙿𝚛𝚎𝚜𝚎𝚗𝚝𝚜…🎨🎨🎨 . 𓆡𓐍𓏸༚࿐࿔𓆝𓂅𓆞༚𓏸𓆡𓐍𓏧𓏸𓆉𓇼 セゾン初の夏イベント開催中! 🎐Concours d'été🎐 . ✴︎𝙴𝚗𝚝𝚛𝚢 𝙷𝚊𝚜𝚑𝚝𝚊𝚐 ☞ #saison_su2019 ✴︎期間 8/1〜8/31 . ✵ 今夏に撮られたお写真であればジャンル、形態、シチュエーションは問いません。 ✵ 過去作へのタグ付け𝙽𝙶。 新規𝙿𝚘𝚜𝚝 のみ有効。 . 皆さま奮ってご参加ください🍧 𓆡𓐍𓏸༚࿐࿔𓆝𓂅𓆞༚𓏸𓆡𓐍𓏧𓏸𓆉𓇼 . . 🌴𝙱𝚎𝚜𝚝 𝚘𝚏 𝚝𝚑𝚎 𝙳𝙰𝚈🌴 𝙿𝚑𝚘𝚝𝚘𝚐𝚛𝚊𝚙𝚑𝚎𝚛 ➺➺➺ @396_zima . 🎨𝚂𝚎𝚕𝚎𝚌𝚝𝚎𝚍 𝙱𝚢 @sai_._ias . . 🅲🄾🅽🅶🅁🅰︎🆃🅄🅻🄰🆃🅸🅾︎🄽🆂 . 𝙿𝚕𝚎𝚊𝚜𝚎, 𝚟𝚒𝚜𝚒𝚝 𝚘𝚞𝚛 𝚏𝚎𝚊𝚝𝚞𝚛𝚎𝚍 𝚊𝚛𝚝𝚒𝚜𝚝'𝚜 𝚐𝚊𝚕𝚕𝚎𝚛𝚢 𝚏𝚘𝚛 𝚖𝚘𝚛𝚎 𝚊𝚖𝚊𝚣𝚒𝚗𝚐 𝚙𝚒𝚌𝚜! ________________ . 📸 𝙵𝚘𝚛 𝚏𝚎𝚊𝚝𝚞𝚛𝚒𝚗𝚐 𝚢𝚘𝚞𝚛 𝚙𝚒𝚌𝚝𝚞𝚛𝚎 𝚊𝚝 𝚘𝚞𝚛 𝚐𝚊𝚕𝚕𝚎𝚛𝚢, 𝚙𝚕𝚎𝚊𝚜𝚎 𝚏𝚘𝚕𝚕𝚘𝚠 @colore_de_saison 𝚊𝚗𝚍 𝚝𝚊𝚐 #colore_de_saison 𝚝𝚘 𝚢𝚘𝚞𝚛 𝚌𝚊𝚙𝚝𝚒𝚘𝚗 𝚘𝚛 𝚌𝚘𝚖𝚖𝚎𝚗𝚝 𝚜𝚙𝚊𝚌𝚎 𝚋𝚞𝚝 𝙽𝙾𝚃 𝚘𝚗 𝚢𝚘𝚞𝚛 𝚙𝚒𝚌𝚝𝚞𝚛𝚎𝚜 𝚢𝚘𝚞 𝚙𝚘𝚜𝚝𝚎𝚍. ❅ 𝙾𝚞𝚛 𝚖𝚎𝚖𝚋𝚎𝚛𝚜𝚑𝚒𝚙 𝚒𝚜 𝚐𝚒𝚟𝚎𝚗 𝚋𝚢 𝚁𝚘𝚡 𝙲𝚊𝚙𝚝𝚞𝚛𝚎. . セレクトにはフォロー&タグ必須。 ※ タグ付けは画像に貼られたものは対象外。 キャプション内、又はコメント欄へのハッシュタグ形式のみ有効 . . 🚫𝙽𝚘 𝚂𝚝𝚘𝚕𝚎𝚗 / 𝙸𝚗𝚝𝚎𝚛𝚗𝚎𝚝 𝚙𝚒𝚌𝚜!! 𝙰𝚕𝚕 𝚙𝚒𝚌𝚝𝚞𝚛𝚎𝚜 𝚢𝚘𝚞 𝚙𝚘𝚜𝚝𝚎𝚍 𝚠𝚒𝚕𝚕 𝚋𝚎 𝚌𝚑𝚎𝚌𝚔𝚎𝚍 𝚋𝚢 𝚃𝚒𝚗𝚎𝚢𝚎. . 𝚃𝚑𝚊𝚗𝚔 𝚢𝚘𝚞 𝚏𝚘𝚛 𝚏𝚘𝚕𝚕𝚘𝚠𝚒𝚗𝚐 𝚊𝚗𝚍 𝚜𝚑𝚊𝚛𝚒𝚗𝚐 𝚢𝚘𝚞𝚛 𝚊𝚠𝚎𝚜𝚘𝚖𝚎 𝚙𝚒𝚌𝚝𝚞𝚛𝚎 𝚠𝚒𝚝𝚑 𝚞𝚜!! いつも素敵なお写真のシェア有難うございます。 皆さまの心に残る、とっておきの瞬間をお待ちしております! . 𓆀༄ 𝙵𝚘𝚞𝚗𝚍𝚎𝚛 / 𝙲𝚘𝚗𝚍𝚞𝚌𝚝𝚘𝚛 : @sai_._ias 𓅸༄ 𝚂𝚎𝚕𝚎𝚌𝚝𝚘𝚛 : @saytsu @hiromitsu_aoki @shinya1094 𓆁༄ 𝙳𝚎𝚜𝚒𝚐𝚗𝚎𝚛 : @2525link ________________ ❢𝙿𝚕𝚎𝚊𝚜𝚎 𝚌𝚑𝚎𝚌𝚔 𝚘𝚞𝚛 𝚏𝚊𝚖𝚒𝚕𝚢 𝚑𝚞𝚋❢ ☞ @Rox_Captures ________________ ❢𝙿𝚕𝚎𝚊𝚜𝚎 𝚌𝚑𝚎𝚌𝚔 𝚘𝚞𝚛 𝚏𝚛𝚒𝚎𝚗𝚍'𝚜 𝚑𝚞𝚋𝚜❢ ☞ @2_fineart_collective ☞ @daily_photo_japan ________________ #saison_396_zima . #鹿児島県 #佐多岬 #霧島錦江湾国立公園 #最南端 #絶景 #Instagram #Rox_Captures #写真 #写真好きな人と繋がりたい #ファインダー越しの私の世界 #ファインダーは私のキャンバス #igworld_global #worldprime #ipa_shotz #ourmoodydays #depthsofearth #streets_vision #global_creatives #moodygrams #globe_visuals #creative_ace #ig_myshots #ig_dynamic #ig_today #gramslayers #ig_shotz

A post shared by 𝙲𝚘𝚕𝚘𝚛é_𝚍𝚎_𝚂𝚊𝚒𝚜𝚘𝚗 | コロレ・ドゥ・セゾン (@colore_de_saison) on

15. Naiki feri untuk melawati Sakurajima, salah satu gunung berapi yang teraktif di dunia

Image credit: Soumei Baba

16. Berhajat di Kirishima Jingu Shrine

Nota: Disebabkan lokasinya yang dikelilingi dengan pokok-pokok dan gunung-ganang, Kirishima Jingu Shrine ialah tempat yang terbaik untuk menikmati pemandangan bunga sakura ketika musim bunga dan musim luruh!

Wilayah Kumamoto

17. Lawati kaldera terbesar di dunia di Mount Aso National Park

Mount Aso juga ialah salah satu gunung berapi paling aktif di Jepun. Masih ramai masyarakat tempatan dan pelancong luar negara yang kerap mengunjungi Mount Aso National Park setiap tahun, jelas membuktikan bahawa kecantikan tempat ini cukup mengagumkan.

Anda boleh melawati puncaknya dengan menaiki kereta kabel ataupun kereta sendiri jika tiada aktiviti volkano yang dilaporkan. Setelah anda tiba, jangan lupa untuk menarik nafas kerana pemandangannya yang benar-benar menakjubkan akan membuatkan anda terpesona (serious tak tipu, guys! 😂). Anda berpeluang mengamati dataran bumi yang terbuka luas dan kawasan pergunungan yang hijau dan kaya dengan tumbuh-tumbuhan.

Oh ya, tentang kaldera pula. Ia bermula dari Kumamoto dan Oita dan berukuran sepanjang kira-kira 90km! Anda akan tiba di kaldera Mount Aso dengan menaiki bas yang mengambil masa selama 1 jam. 

18. Nikmati pemandangan di Kumamoto Castle

19. Cari ketenangan zen di Suizenji Garden

View this post on Instagram

👘愿望达成✌️

A post shared by 小晕 (@xiaoyun0204) on

Tip: Taman ini amat cantik ketika musim bunga apabila bunga sakura mula bertumbuh mekar.

20. Lihat pemandangan yang aman damai di Kamishikimi Kumanoimasu Shrine

Wilayah Miyazaki

21. Rancang perjalanan sehari ke Takachiho Gorge, salah satu lokasi tercantik di Jepun

Dalam banyak-banyak aktiviti menarik di Kyushu, ini mungkin aktiviti yang paling saya suka!  

Ingat tak tentang gunung berapi yang kita bincang awal-awal tadi? Mount Aso? Takachiho Gorge sebenarnya ialah sebuah gaung yang terhasil daripada letusan gunung itu bertahun-tahun dahulu. Lava yang terpancut dari Mount Aso mula mengikis batu-batuan di sini dan membentuk tempat aliran lava yang amat dalam. Ia terus terkikis, lalu membentuk ‘kolum basalt volkano’ yang berukuran sedalam 80 – 100 meter!

Tempat di mana lava pernah mengalir suatu ketika dahulu kini telah menjadi kawasan tadahan yang cantik untuk air biru jernih mengalir, digandingi pemandangan kolum basalt dan kehijauan gunung-ganang yang memukau. Sama ada anda bercadang untuk mendaki kawasan gaung ini atau menikmati suasana sekeliling dengan menaiki bot, perjalanan anda di sini pasti akan berbaloi.

22. Luangkan masa di Aoshima Beach

Wilayah Oita

23. Mandi-manda di kolam air panas onsen di Beppu City

Beppu City merupakan tempat di mana sekumpulan kolam air panas yang dikenali sebagai jigoku onsen (‘hell springs’) terletak. Walaupun ia kelihatan amat cantik, aktiviti mandi-manda di kawasan ini dilarang sama sekali kerana ia terlalu panas, seperti yang digambarkan oleh namanya. 

Tetapi, jangan risau kerana anda boleh menyertai mana-mana pakej lawatan untuk melihat kolam air panas yang unik ini dan anda masih berpeluang melawati onsen di resort anda untuk sesi berendam sambil mencari ketenangan!

24. Berkawan dengan lebih daripada 1,500 kera Jepun di Takasakiyama Monkey Park

Image credit: Andres

Tip keselamatan: Ya, kera sememangnya tampak comel, tetapi sila ingat bahawa hidupan liar ini akan mula naik marah dan berasa tercabar jika anda cuba merenung mereka. Jadi, cuba jangan lakukan itu!

25. Tinggalkan kehidupan di bandar buat seketika dan masuki dunia aman damai di Yufuin Floral Village yang berwarna-warni

Macam-macam yang dapat dilakukan!

Jadi, itulah dia senarai aktiviti yang anda boleh lakukan di Kyushu! Memang terdapat macam-macam perkara untuk dilihat dan dilakukan di sini sehinggakan saya amat terkejut apabila mendapat tahu bahawa tempat ini tidak sepopular daerah Kanto dan Kansai.  Secara jujurnya, saya bergegas mencari tiket penerbangan ke Kyushu ketika menulis artikel ini dan saya sudah tidak sabar untuk melawatinya!

Jumpa anda di sana? ^^

Baca juga: Panduan Bercuti Bajet Di Jepun Khas Untuk Orang Malaysia

Published on


About Author

Salmi

Salmi loves spending time in hostels, mingling with travellers from all over the world. She draws her inspiration from her father who used to take her travelling on bumpy back roads instead of highways. There, she learnt how to talk with strangers and where to find the best street food. When she’s not out and about, she writes, cooks and reads.

Brand Managers!

Want to see your brand or business in this story?

Talk to us now

品牌经理们!

想在本文中看见您的品牌或公司吗?

现在就和我们联系吧

RECOMMENDED READS

RECENT ARTICLES