合艾的两天一夜游,花费仅约RM200!怎样才能在泰国玩得实惠又开心?一起来看看这篇游记吧。

Apabila kebanyakan orang terfikir tentang Jepun, mereka membayangkan jalan-jalan yang penuh dengan lampu neon yang meriah dan terang, kedai-kedai anime dan manga yang mewah, dan pencakar langit yang tinggi. Walaupun terdapat beberapa tempat di Kyoto yang moden seperti Tokyo, kebanyakan bandar ini bergema dengan daya tarikan yang unik dan tersendiri.
Jika anda ingin melawat Kyoto tetapi tidak pasti apa yang patut dilihat dan dilakukan di sana, jangan risau. Di sini kami menyediakan senarai 20 perkara menarik yang boleh dilakukan di Kyoto untuk pengalaman yang susah dilupakan!
Image credit: Zuzu
Kyoto Main Station ialah bangunan yang mempunyai karya seni bina yang unik. Lihat sahaja siling di atas dan anda pasti terpersona! Maka, ianya lebih daripada sekadar untuk pameran. Stesen ini dipenuhi dengan tempat makan yang tidak terkira banyaknya, kedai cenderamata, kedai runcit dan pusat membeli-belah! Ianya juga merupakan tempat yang baik untuk mendapatkan cenderahati last minute sebelum berlepas ke tempat lain di Jepun
Image credit: T.Kiya

Image credit: Peat Bakke

Tip: Anda boleh menangkap gambar yang best di puncak kerana tiada pelancong yang banyak di sini!

Image credit: Raita Futo
Image credit: Pyonko Omeyama
Image credit: Richard
Dengan pagar yang berwarna merah terang dan jalan batu di seberang sugai yang jernih, Jambatan Gion Tatsumi merupakan salah satu tempat yang paling indah di Daerah Gion. Ia amat sesuai untuk menangkap gambar #ootd di Instagram! Tempat ini lebih cantik lagi pada musim bunga apabila bunga ceri penuh mekar!
Image credit: KimonBerlin

Terletak di sepanjang sebuah kanal di arah selatan Ginkaku-ji, laluan berjalan dua kilometer ini dikenali sebagai Jalan Falsafah kerana hubungannya dengan ahli falsafah Jepun Kitarō Nishida. Pada musim bunga, ia adalah terowong bunga ceri manakala pada musim panas, kawasan tepi sungai dipenuhi kunang-kunang. Ini menjadikannya tarikan percutian yang sesuai untuk bila-bila masa sepanjang tahun!

Pilihlah daripada kuil yang indah seperti Kuil Nanzen, Shouren-in, Shimogamo Shire dan banyak lagi. Sepanjang perjalanan saya, saya terjumpa kuil Otani Hombyo yang cantik di seberang tempat penginapan saya.
Image credit: Yisris
Tempat suci ini terletak di Kiyomizudera, tempat paling terkenal di Kyoto bagi berdoa untuk hubungan pasangan yang berjaya. Anda perlu menutup mata sambil berjalan melalui dua batu yang dikenali sebagai ‘tukang tilib nasib’ dan jika anda berjaya, anda akan menemui cinta sejati anda.
Sekiranya anda tidak percaya, anda juga boleh membeli beberapa azimat dan cenderamata untuk nasib dalam percintaan. Jangan lupa tag rakan-rakan anda yang masih bujang ya!

Istana yang berada di puncak bukit bersejarah ini adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang dikenali sebagai monumen penting dalam sejarah dan budaya Jepun. Pada musim bunga, halaman istana ini akan berubah menjadi padang yang berwarna ungu dan lautan merah yang indah pada musim luruh. Ia hanya satu jam perjalanan kereta api dari Stesen Kyoto dan memang bernilai untuk merancang day trip ke sana.
Image credit: Carles Tomas Marti
Gion adalah tempat di mana anda dapat menemui geisha dan geiko. Terfapat banyak rumah kayu tradisional dan banyak kedai di daerah yang terkenal ini. Terdapat juga kedai-kedai sewa kimono bagi mereka yang ingin memeluk budaya tempatan.
Image credit: Tranpan23
Image credit: Karitsu
Jangan risau. Laluan ke puncak tidak terlalu tinggi, udaranya segar dan pemandangannya amat menyenangkan hati. Apabila sampai di sana, jangan lupa mencuba teh aromatik yang disediakan di Mo-a Café yang unik sambil menikmati upacara teh tradisional Jepun!

Kyoto terkenal dengan teh matchanya yang berkualiti tinggi. Ia adalah tempat untuk mencuba matcha yang asli, tidak kira apa cara yang anda suka: teh tradisional Jepun, ais krim berperisa matcha, mochi, atau latte, semuanya dijamin sedap dan sihat!
Image credit: Gekkeikan Fushimi
Image credit: Menbakaichidai
Jadi, anda suka makanan disediakan panas? Nah, cubalah ramen ini yang berapi! Ya, ramen di Menbakaichidai di Kyoto dihidangkan benar-benar panas menyala! Anda pasti tidak akan melupai pengalaman yang unik ini. Ingat, jangan mengambil gambar #foodporn terlalu dekat.
Inilah 20 perkara yang menakjubkan yang anda HARUS lakukan di Kyoto. Ia adalah sebuah bandar yang indah dengan daya tarikannya tersendiri, jadi percayalah, anda tidak akan menyesal! Jom, mula merancang perjalanan anda ke sana sekarang!
Baca lagi: Panduan Bercuti Bajet ke Jepun
Published on
合艾的两天一夜游,花费仅约RM200!怎样才能在泰国玩得实惠又开心?一起来看看这篇游记吧。
Macao, where your ‘gram dreams really do come true.
大家都知道台湾是个非常Travel Friendly 的国家,但有哪些超好用的Tips,哪些要避开的地雷你真的知道吗?小编整理了7个Tips,让你避免吃亏踩坑,快乐游台湾!
住宿费高,交通费高,伙食费也高。生活在悉尼的学生们,即使一个星期打工20个小时,也最多只能补贴一半的生活费。想吃一顿好吃的却又担心钱包越来越薄,只好每天往Maccas(麦当劳)跑。是不是说中了你的心声呢?别担心,今天就让小编为你提供10个经济实惠的餐厅,从今以后让你和Maccas说拜拜!
无论你是喜欢感受当地文化,还是探索大自然的奥妙,处处风景如画的斯洛文尼亚都能满足你的愿望。在斯洛文尼亚,无论何时何地都能让你拥有精彩丰富的旅游体验,只要用心感受,你一定能这趟旅行中探索属于你的斯洛文尼亚特色。
你以为只有日本有樱花吗?
韩国的春季好漂亮啊!
还没策划您的赏樱之旅吗?
肥美丰腴的鲜鱼、醇香的新酿清酒,以及雪景环绕的户外温泉!
越来越多人了哦~