想要趁着周末或公共假期在国内旅游, 但只能想到槟城极乐寺、 吉隆坡双峰塔、 热浪岛, 又觉得这些地方太主流、 人又多、 而且没新鲜感了吗? 今天,小编就要来向大家介绍一些马来西亚可媲美国外、 鲜为人知的冷门景点吧·!
Tahukah anda bahawa sesetengah pelancong yang mengunjungi Malaysia hanya mempunyai satu tujuan utama, iaitu untuk menikmati durian? Sebagai contoh, Lindsay Gasik, seorang penulis blog yang berasal dari Amerika Syarikat, sering menganjurkan pakej ‘Durian Tour’ di serata Asia Tenggara (termasuklah Malaysia) untuk pelancong yang ingin mempelajari tentang durian.
Mereka bukan sahaja ingin makan durian sesuka hati, tetapi mereka juga ingin mempelajari tentang kepelbagaian rasa, jenis-jenis durian, faktor geografi yang mempengaruhi rasanya, teknik yang digunakan oleh pekebun durian dan juga bagaimana cara terbaik untuk memilih durian! Hebat, bukan?
Jadi, malulah kita sebagai penduduk tempatan atau peminat-peminat durian di luar sana jika kita tidak mempelajari sedikit sebanyak tentang pengetahuan asas ini! Jadi, alang-alang musim durian 2019 telah tiba, jom lihat manakah dusun-dusun durian terbaik di sekitar Malaysia yang anda boleh lawati!
Image credit: Raub Durian Orchard Official Facebook
Digelar ‘Bandar Durian Musang King’, anda tidak boleh lepaskan peluang untuk melawati daerah yang terletak di Pahang ini. Seperti namanya, Musang King (dan juga D24) merupakan dua jenis durian yang paling banyak dihasilkan di Raub. Jadi, jika anda berpeluang ke sini, satu-satunya tempat yang menerima sambutan tertinggi ialah Raub Durian Orchard.
Image credit: Raub Durian Orchard Official Facebook
Dikendalikan oleh Eddie Yong, tujuan utama dusun ini bukanlah untuk mengeksport hasil duriannya, tetapi untuk menawarkan pengalaman terbaik bagi pelancong yang ingin menikmati durian. Maka, bufet durian ada disediakan dan bagi yang berminat, terdapat juga chalet penginapan! Antara jenis durian yang anda boleh temui ialah Musang King, D24, D7, Red Prawn dan Tekkah.
Alamat: Berdekatan No. 8, 27600 Gali, Raub, Pahang
Google Maps: Raub Durian Orchard – Eddie
No. Telefon: +6019-9659612 (Eddie Yong)
FB: Raub Durian Orchard
Image credit: Yes Orchard Official Facebook
Menu makanan berasaskan durian?✔️
Penginapan di pertengahan dusun?✔️✔️
Hasil durian dari pokok yang lebih tua?✔️✔️✔️
Bagi peminat durian Musang King, Yes Orchard yang juga terletak di daerah Raub ialah tempat yang sempurna untuk anda! Jika anda masih belum tahu, keenakan buah durian sebenarnya terletak pada umur pokoknya. Semakin tua pokok durian, semakin sedaplah buahnya!
Image credit: Yes Orchard Official Facebook
Pokok-pokok Durian Musang di Yes Orchard telah wujud selama lebih daripada 25 tahun, jadi anda pasti akan menemui durian yang benar-benar meliurkan. Bukan itu sahaja, makanan seperti Musango Tempoyak Patin, Durian Pizza, dan Durian Mini Tart juga ada ditawarkan!😋
Alamat: 206, Jalan Sungai Chalit, Kampung Sungai Klau, 27630 Raub, Pahang
Google Maps: YES Durian Orchard
No. Telefon: +6017-207 9222(Kim Leng)
FB: Yes Orchard
Image credit: Lucky Durian Farm Official Facebook
Selain Raub, daerah Bentong di Pahang juga amat terkenal dengan hasil duriannya. Di Lucky Durian Farm (juga digelar ‘1Malaysia Musang King Durian Farm), pelbagai jenis durian seperti Tekka, Musang King, D101 dan durian kampung serta buah-buahan lain seperti pulasan dan manggis boleh dinikmati dalam pakej bufet yang disediakan.
Image credit: Lucky Durian Farm Official Facebook
Dan yang paling istimewanya, pemilik dusun iaitu Michael, membeli dusun durian ini pada tahun 2011 untuk isterinya yang amat gemarkan durian! Romantiknyaaa 😍💖 Sejak itu, membangunkan dan menjaga dusun ini menjadi hobi kegemaran mereka!
Alamat: Jalan Utama Mempaga, 28600 Karak, Bentong, Pahang
Google Maps: Lucky Durian Farm
No. Telefon: +6019-277 7255 (Michael)
FB: Lucky Durian Farm
Image credit: Dusun Durian Eric Official Facebook
Walaupun Pahang dan Pulau Pinang sering dikaitkan dengan durian, tahukah anda bahawa Kedah merupakan pengeluar durian terbesar di Malaysia di sekitar tahun 1970-an? Di Dusun Durian Eric Sg. Tok Pawang, anda akan menemui pokok-pokok durian yang sudah ditanam selama lebih daripada 40 tahun!
Image credit: Dusun Durian Eric Official Facebook
Dusun milik Eric amat istimewa kerana terdapat lebih daripada 30 jenis durian yang ditawarkan dan kebanyakannya berasal dari Thailand kerana kedudukannya yang berdekatan dengan sempadan negara itu. Selain daripada Monthong, Ganyao dan Thong Yoi, banyak lagi variasi durian kampung tempatan Kedah yang anda patut cuba di sini!
Alamat: Durian orchard Lot 5160, Kg .Ketapang Sg Tok Pawang, Gurun, Kedah
Google Maps: Dusun Durian Eric Sg. Tok Pawang
No. Telefon: +6012-6318893 (Eric)
FB: Dusun Durian Eric
Image credit: Durian Soon Huat Official Facebook
Terletak di kawasan gunung-ganang Balik Pulau, Soon Huat Durian Farm menawarkan aneka jenis durian kegemaran pemiliknya seperti Hor Lor, Kapri, Red Prawn, Kun Poh, Lipan, D700, D604 dan Little Apple (Xiao Pen Guo).
Image credit: Durian Soon Huat Official Facebook
Seperti Dusun Durian Eric, pokok-pokok di sini juga telah ditanam sejak tahun 1970 lagi oleh bapa Soon Huat. Kedudukannya (215 meter di atas paras laut) menjadikan dusun ini bukan sahaja tempat untuk memakan durian, malah untuk menikmati pemandangan yang cantik dan cukup tenang.
Alamat: Jalan Bukit Penara, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
Google Maps: Durian Soon Huat Farm
No. Telefon: +6012-4551312 (Anak kepada Soon Huat, Richard)
FB: Durian Soon Huat
Image credit: Bao Sheng Durian Farm Official Facebook
Bao Sheng Durian Farm ialah antara dusun durian premium yang paling terkenal di seluruh Malaysia! Tempat ini amat sesuai bagi anda yang ingin menginap di tengah-tengah dusun durian, menyertai aktiviti yang dianjurkan seperti mengutip durian dan ‘durian tasting’ sambil menikmati pemandangan matahari terbenam atau bersantai di kolam air spring dan mandi-manda di air terjun berdekatan!
Image credit: Bao Sheng Durian Farm Official Facebook
Dan yang paling istimewanya, anda boleh makan durian (dan buah-buahan lain!) pada bila-bila masa sahaja yang anda mahu! Manakala, bagi yang tidak bercadang untuk menginap, dusun ini juga ada menawarkan pakej bufet 2-hour Pass dan Half-Day Pass.
Alamat: 150 MK2 Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang
Google Maps: Bao Sheng Durian Farm
No. Telefon: +6012-411 0600
FB: Bao Sheng Durian Farm
Image credit: Haw Kee Durian Orchard Official Facebook
Di Seremban pula, terdapat sejenis spesis durian hibrid Durio Lowianus yang dipanggil ‘Red Flower’. Buah yang berasal dari hutan ini telah diberikan oleh seorang Orang Asli kepada pemilik Haw Kee Durian Orchard, Kok Kin Au, kira-kira lebih 20 tahun yang lalu. Tidak seperti kebanyakan pokok durian lain, variasi ‘Red Flower’ akan menghasilkan bunga-bunga cantik berwarna merah dan rasa duriannya juga cukup berlainan dan unik!
Image credit: Haw Kee Durian Orchard Official Facebook
Kini, terdapat lebih kurang 30 pokok durian ‘Red Flower’ yang sering dicari pengunjung. Malah, terdapat banyak lagi variasi durian yang anda akan temui di sini seperti durian kampung, Musang King, Golden Phoenix, D13 dan D162.
Alamat: Lot 2013 Kampung Kolam Air Mukim Pantai Baharu, Jalan Jelebu, 71700 Seremban, Negeri Sembilan
Google Maps: Haw Kee Durian Orchard
No. Telefon: +6012-283 8610 (Harry Kok)
FB: Haw Kee Durian Orchard
Image credit: Year of the Durian Official Facebook
Haaa, selepas anda puas menjejaki dusun-dusun durian di Semenanjung Malaysia, apa kata anda ke Sarawak pula untuk menikmati aneka durian hutan? Tempat yang paling terkenal di Kepulauan Borneo untuk mencari durian yang cukup ‘rare’ ini ialah bandar Limbang, Sarawak.
Anda akan menemui pelbagai durian yang pasti anda belum pernah lihat seperti Durian Merah, Durian Pulo, Durian Kura-Kura dan Durian Isu Oren!
Jom semua, ramai-ramai kita cari durian! 😍😍😍
Published on
想要趁着周末或公共假期在国内旅游, 但只能想到槟城极乐寺、 吉隆坡双峰塔、 热浪岛, 又觉得这些地方太主流、 人又多、 而且没新鲜感了吗? 今天,小编就要来向大家介绍一些马来西亚可媲美国外、 鲜为人知的冷门景点吧·!
9月16日。。。约吗?
每年的跨年大集会, 除了有歌舞升平的好气象之外, 还会有各种烟花大会, 迎接2020的到来~ 为你推荐这些超吸睛的烟火会, 还不赶快带上你最亲爱的去欣赏这份免费的浪漫情怀?!
日本, 是亚洲一个神奇的旅游胜地。 但凡去过一次, 就会上瘾, 然后就会想要探索那里的春夏秋冬。 日本的冬季, 可以达到零下的温度, 甚至有很多越冷越受欢迎的景点。值得一提的是, 日本的冬季集浪漫、 萧条、 迷人为一身。 你也可以趁着冬季来到北海道滑雪, 或是泡一个美美的温泉! 无以伦比的旅行就此开始。
以前总听别人说新加坡的食物不好吃, 那是因为不会吃吧! ~当然, 要享受到顶级的服务和美食, 钱包就一定不能太省啦! 毕竟马币兑新币汇率真的太高了。 不过, 为了吃真的不能省。 如果接下来想逗女朋友开心, 或是想慰劳一下家人, 就去邻国趴趴走吧!
For those seeking a connection with nature!
即将搭马航的朋友们注意啦!
探索泰国隐藏的樱花瑰宝!
绝美的大海和绿意盎然的大自然景色~
在香港也能看到樱花哦~