想要趁着周末或公共假期在国内旅游, 但只能想到槟城极乐寺、 吉隆坡双峰塔、 热浪岛, 又觉得这些地方太主流、 人又多、 而且没新鲜感了吗? 今天,小编就要来向大家介绍一些马来西亚可媲美国外、 鲜为人知的冷门景点吧·!
Untuk kebanyakan pelancong, berkelana ke Andalusia, wilayah paling Selatan di Sepanyol, merupakan pengembaraan yang menjanjikan sinar suria berpanjangan serta pemandangan laut yang indah. Lagipun, selatan Sepanyol yang hangat ini memang terkenal dengan pantai-pantainya yang mempesonakan.
Namun begitu, Andalusia juga merupakan lokasi popular dalam kalangan penggemar budaya disebabkan sejarahnya yang mengagumkan. Secara terperincinya, bandar Cordoba, Granada, Seville, dan Malaga menempatkan pelbagai bangunan, mercu tanda, dan peninggalan yang menghubungkan wilayah ini dengan sejarah Islam, iaitu ketika Andalusia dikenali sebagai Al-Andalus.
Jika anda mahukan percutian di Andalusia (atau Sepanyol secara umumnya) yang berbeza, pastikan anda teruskan membaca itinerari seminggu di Andalusia ini untuk menjejaki lokasi-lokasi mesra Muslim terbaik yang menjanjikan pengalaman yang takkan anda lupakan!
Bersedia untuk berkunjung ke Andalusia dan menjejaki permata budaya di selatan Sepanyol? Tak perlu risau tentang itinerari yang sempurna kerana buku panduan online ini akan pastikan tiada apa yang tertinggal dari rancangan anda! |
Seville merupakan salah satu destinasi popular di Sepanyol untuk menyelami sejarah Islam Al-Andalus. Setibanya di Seville, anda boleh terus ke “Monumental Zone” yang dipenuhi monumen dan mercu tanda yang yang mengagumkan. Zon ini merupakan gerbang kepada kekayaan warisan negeri ini, dan di mana kebanyakan tempat tarikan bersejarah di Seville ditemukan.
Mulakan perjalanan anda dengan Seville Cathedral yang megah, gereja Gotik terbesar di dunia! Mercu tanda ikonik ini menampilkan seni bina gotik yang luar biasa dan bakal membuatkan mana-mana pengunjung berkata “wow”. Sesungguhnya, keindahan sejarahnya seiring dengan kecantikan senibinanya.
Untuk pengetahuan anda, bangunan UNESCO World Heritage Site ini telah dibina di atas Masjid Aljama Al-Andalus. Oleh itu, apabila anda meneroka bangunan ini, anda pasti akan jumpai pengaruh Muslim (Moorish) di kawasan-kawasan tertentu di gereja ini, terutamanya di Giralda Tower.
Di Seville, Giralda Tower ini adalah lokasi yang wajib dilawati dan daya tarikan ikoniknya merupakan menara masjid yang diubahsuai menjadi menara loceng. Elemen senibina Moor dan Renaissance-nya boleh dilihat dengan jelas dan tempat ini turut memberikan pemandangan panoramik bandar yang sangat indah. Daya tarikan lain yang boleh anda lawati termasuklah Torre del Oro (Gold Tower) dan Tomb of Christopher Columbus.
Terletak berdekatan dengan gereja tadi ialah Real Alcázar, istana diraja masyhur yang menampilkan hasil senibina Moor dan Mudejar yang mempesonakan. Taman-taman dan halaman di dalamnya membolehkan anda berehat seketika dari kesibukan bandar sementara daya tarikan utama UNESCO World Heritage Site ini adalah kubah kayunya yang terletak di ruang legar dan melambangkan alam semesta.
Untuk para foodie Muslim yang tak sabar untuk menjamu keenakan hidangan Sepanyol, anda bolehlah berkunjung ke Tanto Monta, sebuah restoran dengan ambien selesa yang menyajikan masakan Sepanyol yang lazat. Malahan, tempat ini juga merupakan satu-satunya kedai makan di Seville yang menjual tapas halal!
Sementara di Seville, jangan lepaskan peluang anda untuk melawat Plaza de España, salah satu dataran paling mengagumkan di Sepanyol. Di sini, anda akan temui bangku jubin yang mewakili setiap daerah di Sepanyol serta dataran terbuka yang dilengkapi terusan kecil dan jambatan melengkung.
Tak perlu dinafikan lagi sememangnya kawasan ini merupakan lokasi yang mantap bagi menangkap gambar-gambar estetik untuk dimuatnaik ke Instagram. Selain itu, anda akan dapati terdapat beberapa gerai yang menjual kipas tradisional Sepanyol yang dihiasi corak yang menawan — sangat sesuai dijadikan oleh-oleh untuk yang tersayang!
Berbalik ke bandar, tiba masanya anda jejaki Barrio Santa Cruz, yang dahulunya merupakan kuarter Yahudi Seville. Apabila anda melalui lorong-lorong di sini, anda akan dapati pelbagai seni bina tradisional Andalusia yang popular dengan ciri reka bentuk Islam dan bangunan-bangunan berwarna putih. Setelah itu, anda boleh menaiki bot dan berlayar di sepanjang Guadalquivir River yang membolehkan anda mengamati pemandangan mercu tanda yang anda lawati pada hari pertama dari jalan air.
Perut anda berkeroncong? Singgah sebentar di El Rincon de Beirut, salah satu restoran halal yang terkenal di Seville. Restoran ini menyediakan pelbagai juadah Lubnan yang menyelerakan dan terletak kira-kira 10 minit (berjalan kaki) dari Barrio Santa Cruz. Sebagai alternatif, anda boleh juga berkunjung ke Al Wadi dan nikmati hidangan Timur Tengah yang enak!
Setelah puas berjalan di Seville, tiba masanya anda menaiki kereta api ke Cordoba. Perjalanan ini akan mengambil masa sekitar setengah jam. Jadi, rehatlah sepuas-puasnya!
Cordoba dikenali ramai kerana Historic Centre nya (juga digelar Qurtuba) yang meriah dengan pengunjung. Anda akan temui bermacam jenis budaya melalui variasi kafe, kedai dan restoran di sini. Apa yang lebih istimewa, kawasan ini turut menampilkan pelbagai mercu tanda sewaktu ia menjadi ibu negeri di bawah pemerintahan Umayyad di Cordoba.
Pertama sekali, anda boleh ke Mezquita-Catedral de Córdoba (Mosque-Cathedral, atau juga dikenali sebagai The Grand Mosque). Bangunan bersejarah yang dibina pada kurun ke-8 ini dahulunya merupakan sebuah masjid sebelum diubahsuai menjadi gereja Kristian ketika peristiwa Christian Reconquista (pada abad ke-13).
Kini, Mosque-Cathedral ini menjadi suatu analogi keharmonian budaya yang menjunjung keindahan campuran seni bina Islam dan Kristian yang membolehkannya disenarai sebagai salah satu UNESCO World Heritage Site yang popular di Sepanyol. Jangan lepaskan peluang untuk memanjat menara locengnya (yang dahulunya menara azan) untuk menyaksikan pemandangan bandar saujana mata memandang.
Berdekatan dengan gereja ini, anda boleh melawat beberapa mercu tanda bersejarah seperti Alcázar de los Reyes Cristianos, sebuah istana zaman pertengahan dengan taman dan menara yang ambien, dan Torre de la Calahorra, pintu gerbang pertahanan dan menara jam yang menghadap Roman Bridge. Untuk dapatkan gambar Insta-worthy di Cordoba, pergi ke Calleja de las Flores yang popular, sebuah lorong cantik dengan dinding putih dan bunga-bungaan berwarna-warni.
Untuk penggemar makanan, salah satu restoran halal kesukaan ramai di Cordoba ini ialah Noor Restaurant yang dianugerahkan dengan dua bintang Michelin dan menyajikan makanan Andalusia yang menggiurkan. Pilihan lain termasuklah Petra yang menghidangkan paella (hidangan Sepanyol) halal, Bocaito Andalusí Halal yang menyediakan juadah Morocco serta Restaurante Damasquino Halal 2 dengan masakan Syria nya yang menyelerakan.
Sebelum meninggalkan bumi Cordoba, apa kata anda singgah di salah satu legasi Islam yang terkenal di sini — tinggalan Medina Azahara yang penuh dengan teka-teki. Tapak arkeologi yang terletak sekitar 20 minit dari pusat bandar dan juga disenarai sebagai UNESCO World Heritage Site ini merupakan bandar diraja yang masyhur sewaktu pemerintahan Al-Andalus.
Medina Azahara dahulunya adalah tapak yang dijadikan kompleks diraja, sebuah simbol keunggulan hasil seni bina Islam. Binaannya merangkumi istana-istana serta taman-taman yang cantik, sesuai untuk seorang raja. Antara sisa peninggalannya yang masih boleh dilihat pada hari ini termasuklah taman dan dewan istiadatnya, yang sedikit sebanyak memberi gambaran suasana/kehidupan sewaktu pemerintahan Khalifah Islam.
Setelah meluangkan beberapa jam di sini, tiba saatnya untuk anda kembali mengembara dengan kereta api dalam perjalanan satu jam menghala ke destinasi perairan popular di Sepanyol — Málaga.
Antara tempat tarikan utama di Málaga adalah Alcazaba, sebuah istana dengan seni bina Moor yang terletak di atas bukit dan merupakan salah satu mercu tanda ketenteraan terbesar dari era Al-Andalus. Dengan taman yang ditumbuhi bunga jasmin yang merimbun dan pemandangan bandar yang menakjubkan, anda mungkin tersalah tafsir istana ini sebagai istana musim panas! Tak jauh dari lokasi istana ini, anda boleh melihat Gibralfaro Castle yang pernah bertindak sebagai perisai kepada Alcazaba.
Setelah itu, anda boleh kembali ke bandar dan teruskan perjalanan ke Atarazanas Market yang dibina pada kurun ke-19 di atas limbungan kapal Nasrid (anda masih boleh menyaksikan pintu gerbang dihiasi seni bina Muslim yang dijaga dengan baik di pintu masuk utamanya). Lokasi-lokasi tarikan lain yang terdapat di Málaga termasuklah Roman Theatre, tinggalan bersejarah dari kurun pertama sebelum masihi, dan Calle Larios, kawasan membeli-belah utama di Málaga.
Jika anda mencari makanan halal di Málaga, kami syorkan anda bertandang ke Palacio Nazarí (masakan Morocco), Estambul Grill (masakan Turki), dan Tandoori Mexican (masakan Mexico). Untuk mereka yang rindukan masakan Asia, anda boleh berkunjung ke Mister Noodles dan nikmati juadah Asia yang menyelerakan.
Percutian di Andalusia takkan lengkap tanpa meluangkan masa sekurang-kurangnya satu hari di pantai. Memang peraturannya begitu. Apa yang bagusnya, dari bandar Málaga, terdapat banyak marina dan pantai indah di dalam wilayah Costa del Sol dan tempat-tempat tarikan ini hanya mengambil masa sejam perjalanan dengan menaiki bas.
Namun begitu, kami syorkan anda singgah dahulu di kota Ronda sebelum ke Marbella yang popular dalam kalangan pelancong yang berkunjung ke Costa del Sol. Hal ini demikian kerana perjalanan dari Málaga ke Ronda mengambil masa dua jam setengah dengan menaiki bas. Walaupun tempoh perjalanan agak lama, tapi ianya memang berbaloi!
Terletak sejam dari pedalaman Marbella, Ronda merupakan kota ikonik yang dibina di atas tebing yang tinggi. Apa yang lebih istimewa, perkampungannya menyimpan 1001 kisah yang terkait dengan zaman pemerintahan Al-Andalus. Ini boleh dilihat melalui tinggalan medinanya yang dijaga dengan rapi hingga ke hari ini. Anda pasti terpesona dengan ambien penuh sejarah lokasi underrated ini, terutamanya apabila anda menelusuri lorong-lorong kecilnya.
Setelah puas meneroka Ronda, teruskan pengembaraan anda ke bandar peranginan yang popular di Costa del Sol — Marbella. Di sini, anda akan menemukan kedai-kedai bersetail, pemandangan yang menarik, dan aura yang menenangkan apabila anda berkelana di kawasan ‘old town’ nya yang dihiasi jalan-jalan berbatu dan bangunan-bangunan bercat putih.
Jangan lepaskan peluang untuk bersiar-siar di kawasan jetinya yang dilengkapi dengan pemandangan laut biru yang mendamaikan. Anda juga boleh singgah ke Puerto Banús, salah satu marina termewah di Sepanyol yang dikenali kerana pembangunannya yang pesat dan kemudahan kapal layar bertaraf dunia.
Bagi mereka yang tercari-cari port makanan halal di Marbella, anda boleh kunjungi Vintage 8 Torremolinos untuk nikmati hidangan Sepanyol-Morocco yang lazat, Baalbak Marbella bagi mereka yang gemarkan makanan Timur Tengah, dan Tuk Tuk Asian Fusion Marbella untuk mendapatkan makanan Asia yang enak.
Di Granada, salah satu pengalaman mesra-Muslim yang wajib dialami adalah bersiar-siar di Kejiranan Albaicin. Kuarter kediaman bersejarah yang dikelilingi lorong-lorong kecil, kebun indah, dan rumah bertaman ini merupakan pintu gerbang yang bakal membawa anda menelusuri sejarah Islam di Granada suatu ketika dahulu.
Melihat kepada bangunan-bangunan ala Inggeris dan pemandangan yang menakjubkan di kejiranan ini, mungkin tak pernah terlintas difikiran anda bahawa tapak UNESCO World Heritage site ini dahulunya pernah dihiasi dengan 30 buah masjid! Jadi, luangkan masa yang secukupnya di setiap penjuru destinasi ini sebelum anda meneruskan perjalanan ke Mezquita Mayor de Granada, atau juga dikenali sebagai Great Mosque of Granada.
Walaupun tidak sepopular Great Mosque of Cordoba atau Alhambra (akan dikupas sebentar lagi), Great Mosque of Granada kekal menjadi tapak kebudayaan dan keagamaan yang signifikan di bandar ini. Masjid ini dibina pada kurun ke-14 dan menampilkan hasil seni bina indah dengan corak yang pelbagai termasuklah campuran seni reka Muslim dan Kristian yang teliti.
Tatkala senja menyapa, kami syorkan anda pergi ke Mirador de San Nicolas. Di sinilah lokasi terbaik untuk menyaksikan matahari terbenam di Granada. Suasana ambien apabila cahaya keemasan dipantulkan bangunan-bangunan disini sememangnya perlu dirasai dan disaksikan sendiri!
Setelah itu, anda boleh pergi ke Darro Street (Carrera del Darro), tempat persiaran yang permai di sepanjang Darro River. Terdapat pelbagai kedai dan istana bersejarah zaman Renaissance di lokasi romantik ini.
Bagi mendapatkan hidangan halal di Granada, anda boleh bersantap di Arrayanes yang menyediakan masakan Morocco atau La Puerta de Syria untuk rasa Timur Tengah yang asli. Anda juga boleh ke La Ruta del Azafrán untuk mendapatkan makan malam yang takkan dilupakan, ditemani hidangan halal yang enak dan pemandangan Alhambra yang ikonik.
Akhir sekali, tibalah masanya untuk anda meneroka Alhambra di Granada, sebuah istana dan kubu gah yang juga merupakan salah satu contoh hasil seni bina Moor yang cantik. Tidak hairanlah mengapa lokasi ini menjadi salah satu tempat tarikan paling terkenal di Granada!
Anda pasti akan terpesona oleh keindahan seni bina tinggalan Al-Andalus ini, terutamanya apabila anda bersiar-siar di sekeliling halaman/tamannya serta istana-istana Nasrid yang terdapat di sini.
Tambahan pula, di sebelah Alhambra terletaknya Generalife Gardens, lanskap damai dihiasi pancuran air, laluan berturap serta bunga-bungaan warna-warni yang bakal membuat anda teruja. Lokasi ini membolehkan anda menikmati pemandangan bandar dan gunung-ganang dari kejauhan.
Sebelum menaiki penerbangan pulang ke tanah air, apa kata anda singgah sebentar di Hammam Al-Andalus. Di sini, anda bakal menikmati kesegaran mandian tradisional Arab dikelilingi suasana harmoni yang jauh dari kesibukan kota. Cara terbaik untuk mengakhiri pengembaraan bertempoh satu minggu di bumi Andalusia!
Bersedia untuk berkunjung ke Andalusia dan menjejaki permata budaya di selatan Sepanyol? Tak perlu risau tentang itinerari yang sempurna kerana buku panduan online ini akan pastikan tiada apa yang tertinggal dari rancangan anda! |
Dan begitulah caranya untuk mendapatkan 7 hari di Andalusia yang sempurna dan membolehkan anda menemukan tinggalan Islam yang agung serta menjamu hidangan halal terenak di selatan Sepanyol ini. Apa yang anda perlu lakukan sekarang adalah merancang perjalanan anda ke Sepanyol dengan baik dan bersedia untuk bersuka ria di kota yang sentiasa disinari mentari ini!
Dibawakan khas oleh Spain Tourism Board.
Published on
想要趁着周末或公共假期在国内旅游, 但只能想到槟城极乐寺、 吉隆坡双峰塔、 热浪岛, 又觉得这些地方太主流、 人又多、 而且没新鲜感了吗? 今天,小编就要来向大家介绍一些马来西亚可媲美国外、 鲜为人知的冷门景点吧·!
《One World:Together at Home》将于美国时间4月18日(六)2 p.m. (大马时间4月19日 12 a.m. )开始在线上直播,电视直播则从美国时间4月18日(六)8 p.m. (大马时间4月19日 6 a.m.)开始。线上和电视直播演出艺人不同哦!
山峦起伏的森美兰州, 有绿意盎然的美景, 成片成片的热带雨林在雨后更加翠绿, 空气更加新鲜! 这里绝大部分的民宿都以贴近自然为特色, 因此有些民宿甚至让你住进没有无线网络的鸟巢, 真实感受远离世俗和尘嚣的滋味。 今天小编推荐几座值得一去的森美兰民宿。 环境幽静空气新鲜的好地方, 千万不能错过!
马来西亚行动限令又再延长14天, 已经闷在家长蘑菇的你还不知道要做什么吗?! 那就马上刷起一波铺天盖地的丧尸片。 这部《尸战朝鲜》(Kingdom), 旧名《李尸朝鲜》, 在2019年1月份开播第一季就深受好评, 烂番茄好评度高达96%。 由此可见它真的超值得吹爆!这里告诉你不得错过这部电视剧的7大原因!
World class yum at home!
Don't let these misconceptions cloud your judgment!
说走就走的中国行!
Check out all the city’s must-visit attractions and must-try foods!
赏心悦目的 KL 度假屋!
全都是小编亲自去过并推荐的~