想要趁着周末或公共假期在国内旅游, 但只能想到槟城极乐寺、 吉隆坡双峰塔、 热浪岛, 又觉得这些地方太主流、 人又多、 而且没新鲜感了吗? 今天,小编就要来向大家介绍一些马来西亚可媲美国外、 鲜为人知的冷门景点吧·!
Agak mustahil untuk bercakap mengenai Andalusia tanpa berbicara tentang Costa del Sol — bandar berpantai yang disinari mentari dan kaya dengan pekan-pekan indah serta laman budaya yang dijaga rapi. Disebalik pantai-pantai membiru serta bangunan-bangunan bercat putihnya pula terdapat legasi Al-Andalus yang megah. Bahkan, anda boleh solat di dalam masjid-masjidnya yang dihiasi dekor bertema Moor yang menakjubkan.
Jadi, teruskan membaca untuk dapatkan pengembaraan 3H2M terbaik di Costa del Sol — daripada melawati lokasi-lokasi menarik wilayah ini hinggalah menjamu hidangan halal serta menunaikan solat di dalam masjid indah dengan senibina yang mempesonakan!
Baca juga: 7 Hari di Andalusia: Lokasi Tinggalan Islam Wajib Kunjung, Makanan Halal & Banyak lagi
Sedang merancang itinerari terbaik di Andalusia? Buku panduan perjalanan ini akan membantu anda! Dari lokasi tarikan terkemuka dan restoran halal yang popular ke hotel bertaraf dunia, pengembaraan baharu yang penuh dengan keseronokan menanti anda di Selatan Sepanyol yang indah! |
Mulakan perjalanan anda dengan melawat bandar cantik Estepona, destinasi underrated yang dilimpahi sinar mentari tanpa penghujung. Diberi julukan ‘The Garden of Costa del Sol,’ anda akan temukan pelbagai lokasi yang dihiasi bunga-bungaan di sini.
Anda boleh mulakan pengembaraan di Plaza de las Flores (atau dikenali sebagai Orange Square oleh pelancong), sebuah pusat indah yang dikelilingi bar tapas, kafe, dan restoran. Tempat ini dipenuhi ratusan bunga, pokok oren serta semak Dama-de-Noche yang berbau wangi. Psst, jangan lupa lawati mercu tanda ikoniknya: pancuran air yang indah di tengah-tengah kawasan!
Setelah itu, anda boleh bersiar-siar di bahagian Old Town Estepona yang menjanjikan momen watak utama yang selalu anda impikan. Bayangkan anda berjalan melalui lorong-lorong dengan bangunan bercat putih yang dihiasi bunga-bungaan warna-warni — oh, bagaikan mimpi (percuma pulak tu)! Anda juga disarankan untuk melawat lokasi ini sewaktu musim bunga tatkala flora kian mekar dan kelihatan cantik.
Anda belum menjelajahi ‘The Garden of Costa del Sol’ secara menyeluruh jika anda tidak meluangkan masa di Orchid House yang terletak di utara pekan tua ini. Terdapat lebih daripada 1,300 spesies orkid dari serata dunia ditanam di dalam syurga flora yang berdindingkan rumah kaca serta dihiasi pancuran air yang indah.
Bunga-bunga orkid di sini dipilih berdasarkan kecantikan serta nilai originalnya yang membolehkan anda menikmati suasana mekarnya bila-bila masa sahaja setiap tahun! Selain orkid, tempat ini turut menampilkan tumbuhan Araceae, paku-pakis, tillandsias dan bromeliad yang tumbuh subur di dalam taman botani ini.
Setelah menikmati lanskap mempesonakan di Estepona, tiba masanya untuk mengisi perut yang berkeroncong dengan hidangan halal yang enak dari bandar sebelah — Marbella, dengan jarak kira-kira 30 minit menaiki kereta dari Orchidarium. Anda bolehlah berkunjung ke Baalbak yang terkenal dengan masakan Timur Tengahnya yang menyelerakan.
Restoran halal ini turut menghidangkan juadah Lubnan seperti escalope, kebab, kafta, dan banyak lagi — kesemuanya diperbuat daripada bahan-bahan segar. Nak tahu apa yang lagi best? Restoran ini terletak betul-betul bersebelahan dengan laut Puerto Banus yang berangin dan nyaman!
Oleh sebab anda kini berada di bandar pelabuhan bertaraf dunia di Costa del Sol, anda patut mencuba aktiviti-aktiviti air yang terdapat di sana dan berbeli-belah sepuas-puasnya. Sama ada melayari kebiruan laut Puerto Banus atau bersiar-siar sambil mengagumi kapal layar mewah di sepanjang marina, pasti ada sesuatu yang yang menarik untuk dinikmati setiap pengunjung di syurga pelabuhan ini.
Untuk para shopaholics, anda boleh teruskan perjalanan ke El Corte Ingles, sebuah pusat beli-belah yang terletak di bahagian utara Plaza Antonio Banderas. Bagi anda yang mahukan barangan berjenama daripada pereka-pereka fesyen terkemuka, Puerto Banus Marina-lah tempatnya! Sebut saja nama pereka fesyen yang anda gemari dan anda akan temukan produk yang diimpikan di sini.
13 minit perjalanan dari marina yang sibuk ini merupakan jumpaan pertama lokasi tinggalan Islam yang anda akan temukan di Costa del Sol — Alcazaba de Marbella. Istana ini merupakan memento penguasaan Muslim yang signifikan di bandar ini sebelum berlakunya peristiwa Reconquista pada tahun 1485. Dibina atas arahan Abderrahman III (khalifah pertama Al-Andalus), Alcazaba Muslim ini pada asalnya memiliki lebih daripada 10 menara pengawal di mana dua daripadanya masih boleh dilihat sehingga ke hari ini.
Masih punya waktu tersisa? Bersiar-siar di sepanjang Marbella Promenade macam seronok! Apa lagi cara terbaik untuk menutup hari pertama pengembaraan di Costa del Sol selain menyaksikan momen matahari terbenam di atas laut tenang dari persisiran pantai yang indah?
Ya, tak perlu risau tentang di mana hendak solat di Costa del Sol kerana anda boleh mendirikan sembahyang di Masjid King Abdulaziz yang turut dikenali sebagai Masjid Marbella oleh masyarakat tempatan.
Ruang ibadah yang bercat putih ini telah dibina oleh Prince Salman bin Abdul Aziz pada tahun 1981 dan mampu menampung sehingga 800 orang jemaah dalam satu masa. Apabila anda melangkah ke dalam, pandangan anda akan disambut dengan keindahan bumbung kubahnya serta 24 tetingkap kaca berwarna-warni yang menakjubkan!
Mulakan hari kedua anda di Costa del Sol dengan menjejaki Mijas Pueblo yang mendamaikan, kira-kira setengah jam perjalanan dari Marbella. Desa dipenuhi bangunan bercat putih yang terletak di puncak pergunungan Costa del Sol ini menjanjikan pemandangan pesisir pantai yang begitu indah.
Lokasi ini membolehkan anda merasai vibe Mediterranean yang lembap dan nyaman terutamanya buat mereka yang mahu meloloskan diri daripada kesibukan bandaraya dan kesesakan kawasan pantai.
Untuk pengetahuan anda, desa menarik ini merupakan tempat kelahiran ramai artis dan ahli kraf terkemuka. Jadi, adalah lebih baik untuk anda memulakan perjalanan di sini dengan berkunjung ke Mijas Contemporary Art Centre. Galeri ini menampilkan karya-karya seni tempatan termasuklah hasil tangan Pablo Picasso dan Salvador Dali.
Tempat ini juga menjadi tuan rumah kepada bermacam program seni sepanjang tahun dan turut mengadakan pameran sementara di samping pameran tetapnya yang cukup popular dalam kalangan penggemar seni.
Jalan kaki kira-kira dua minit dari dan anda akan temukan Museo Historico – Etnologico of Mijas. Di sini anda boleh mempelajari tentang sejarah Mijas Pueblo melalui pameran visual interaktifnya. Anda akan dapati pelbagai objek seperti alat-alat berkebun dan memancing serta replika hidangan dan kraftangan tempatan.
Tak jauh dari lokasi ini terdapat satu lagi muzium seni yang unik dikenali sebagai Carromato de Mijas yang menampilkan miniatur comel yang memerlukan anda menggunakan kanta pembesar untuk melihatnya dengan lebih jelas! Antara pameran yang popular di sini termasuklah lukisan-lukisan kecil sebesar ibu jari serta arca mini yang pelbagai.
Selepas meluangkan masa mengelilingi desa Mijas Pueblo dan melawat muzium-muzium menarik di sana, kami sarankan anda teruskan perjalanan ke Fuengirola, satu lagi bandar berpantai yang wajib dilawati di Costa del Sol. Perjalanan ke sini akan mengambil masa lebih kurang 15 minit (menaiki kereta) dari Mijas Pueblo.
Dan sesampainya anda di sana, pastikan anda singgah ke Pasapalo Restaurant, sebuah kedai makan halal yang terletak di dalam Centro Comercial Miramar (pusat beli-belah terkemuka). Restoran berstail moden ini memang dikenali dengan hidangan halal yang sihat dan segar. Bahkan juadah di sini dimasak menggunakan resepi halal bebas gluten! Antara menu wajib cuba di sini termasuklah burger buatan sendiri, salad, pasta, arepa Venezuela, jus buah segar dan kopi arabika.
Setelah menjamu selera, apa kata anda membeli-belah di Centro Comercial Miramar (lagipun anda memang sudah berada di dalamnya!). Pusat beli-belah ini berukuran 119,000 meter persegi dan menjual variasi produk fesyen dan perhiasan dari dalam dan luar negara.
Apa yang lagi menyeronokkan adalah tempat ini terletak begitu hampir dengan pusat bandar Fuengirola dan pantai-pantainya yang indah! Jadi, jangan lupa untuk berkunjung ke lokasi-lokasi menarik ini sekiranya anda punya masa terluang.
Dibina di atas bukit yang berketinggian 38 meter dari aras air laut adalah Sohail Castle, salah satu lokasi tinggalan Islam yang terkenal di Costa del Sol. Istana bersejarah ini masih kukuh berdiri sejak pembinaannya pada kurun ke-10. Bangunan ini pada mulanya digunakan sebagai struktur perlindungan ketika pemerintahan Al-Andalus, namun kini dijadikan lokasi muzikal yang penting di wilayah ini.
Untuk pengetahuan anda, istana ini dibina menghadap Laut Mediterranean. Oleh itu, anda boleh menikmati pemandangan hampir keseluruhan wilayah Costa del Sol apabila anda datang ke mari!
Jika anda tidak bercadang untuk pulang ke hotel lagi, anda boleh berkunjung ke Bioparc Fuengirola dan alami petang yang menghiburkan dengan haiwan-haiwan liar di sana. Apa yang uniknya di sini adalah haiwan-haiwannya dibiar hidup bebas walaupun berlainan spesies bagi membentuk habitat semula jadi mereka dengan sempurna.
Taman zoologi ini menempatkan lebih daripada 200 spesies hidupan liar yang kebanyakannya diancam kepupusan. Anda juga berpeluang menyaksikan Harimau Sumatera serta monyet-monyet Roloway apabila anda berjalan melintasi pelantar laluannya. Bagi peminat-peminat tegar King Julien dari filem Madagascar, kami ada berita gembira untuk anda: anda boleh memberi makan lemur-lemur ekor gelang di sini!
Masjid Fuengirola ini telah wujud sejak tahun 1994 dan merupakan mezquita kedua yang dibina di Costa del Sol. Ruang ibadah yang suci ini turut dikenali sebagai Islamic Cultural Center Sohail, dan merupakan salah satu masjid paling aktif di wilayah ini. Jadi, jika anda mencari tempat yang selesa untuk solat ketika melawat Mijas atau Fuengirola, datang sahaja ke sini!
Pengembaraan anda ke Costa del Sol takkan lengkap tanpa mengunjungi Ronda, sebuah pekan indah di atas jurang El Tago yang curam dan berbatu. Perkampungan ini merupakan sebahagian daripada Sierra de las Nieves National Park dan mencapai puncak kegemilangannya sewaktu pemerintahan Al-Andalus. FYI, Ronda juga merupakan tempat lahirnya acara laga lembu moden!
Terdapat beberapa pilihan untuk anda menyertai lawatan satu hari ke Ronda dari Fuengirola. Salah satu caranya adalah dengan bergerak bersama-sama operator tempatan yang akan mengambil anda di Los Boliches atau Stesen Bas Fuengirola.
Jika anda lebih suka pergi sendiri, anda bolehlah menyewa kereta dan memandu ke Ronda selama lebih kurang satu jam setengah. Bagi mereka yang lebih gemar menggunakan kenderaan awam, anda boleh memilih untuk menaiki bas ke sana (kira-kira dua jam perjalanan dari Fuengirola).
Untuk memulakan pengembaraan di Ronda, anda boleh terus ke Plaza de Toros de Ronda, salah satu arena laga lembu tertua di kawasan ini. Arena ini telah dibina pada tahun 1785 dan mampu menampung seramai 5,000 penonton dalam satu masa. Anda boleh melawat gelanggang ini pada bila-bila masa sepanjang tahun dan pastikan anda singgah ke Bullfighting Museum, dan melihat Royal Harness Collection, dan Antique Firearms Collection yang terdapat di sini.
Walaupun tiada lagi acara laga lembu yang berlangsung pada hari ini, pihak arena ini tetap aktif memelihara sejarah tempat ini melalui pengumpulan dokumen-dokumen asal dan hasil karya seni yang berkaitan dengan aktiviti laga lembu yang dijalankan pada masa lalu.
Setelah melawat gelanggang bersejarah ini, teruskan perjalanan anda ke Puente Nuevo atau jambatan yang terletak tiga minit (berjalan kaki) dari arena laga lembu tadi. Siap dibina pada tahun 1793, jambatan yang berketinggian 100 meter ini menghubungkan bandar lama dan baharu yang dipisahkan El Tajo Valley.
Kami sarankan anda melintasi jambatan ini dan singgah sebentar di Mirador Aldehuela Viewpoint untuk mendapatkan foto-foto yang terbaik untuk dimuatnaik ke profil Instagram anda! Tak puas bergambar? Anda boleh ke satu lagi lokasi popular: Ronda Bridge Viewpoint, yang membolehkan anda bergambar dengan lanskap majestik jambatan ini dari bawah.
Bagi melawat sejarah peninggalan Islam di Ronda, anda boleh pergi ke Puerta de Almocabar, pintu gerbang kurun ke-13 yang masih utuh berdiri hingga ke hari ini. Sewaktu pemerintahan Islam, pintu gerbang ini berfungsi sebagai struktur pertahanan kota. Disebabkan lokasi geografi Ronda dan pembinaan pintu gerbang yang hebat ini, kota ini tidak boleh ditembusi musuh pada zaman tersebut.
Satu lagi mercu tanda Islam yang terkenal di Ronda adalah Arab Baths yang dipelihara dengan rapi ini. Rumah mandi ini dikenali dengan sistem hidrauliknya yang memanfaatkan penggunaan roda air tradisional Moor yang tahan lama.
Di sini, anda boleh menyaksikan pelbagai jenis air mandian yang terdiri daripada mandian sejuk, suam dan panas. Apabila anda pandang ke atas, pancaran sinar matahari akan menyambut pandangan anda melalui lubang-lubangan berbentuk bintang yang terdapat pada siling. Sumpah cantik!
Sebelum anda mengakhiri pengembaraan di Ronda, pastikan anda singgah ke Plaza del Socorro untuk berehat seketika selepas penat berjalan seharian. Pusat yang indah ini dikelilingi bar dan restoran, dan sementara anda berada di sana, jangan lupa saksikan pemandangan pancuran air yang mendamaikan berlatarbelakangkan Nuestra Senora del Socorro Church.
Bunyi apa tu? Oh, bunyi perut anda berkeroncong rupanya. Jangan risau kerana anda boleh pergi ke Al Zahra Arabian Food, restoran makanan halal Ronda yang digemari ramai. Tempat makan ini terkenal dengan hidangan Morocco dan juadah vegetarian-nya yang enak. Antara menu wajib cubanya termasuklah ayam Morocco dengan kuskus, tagine serta kambing pastilla yang menyelerakan.
Sedang merancang itinerari terbaik di Andalusia? Buku panduan perjalanan ini akan membantu anda! Dari lokasi tarikan terkemuka dan restoran halal yang popular ke hotel bertaraf dunia, pengembaraan baharu yang penuh dengan keseronokan menanti anda di Selatan Sepanyol yang indah! |
Dan begitulah itinerari 3H2M di Costa del Sol yang mesra-Muslim dan menyeronokkan. Jadi, simpan senarai ini, kemaskini jadual anda dan tempah tiket ke bandar pesisir pantai ini sekarang juga. Anda pasti takkan menyesal. Percayalah!
Dibawakan khas oleh Spain Tourism Board
Published on
想要趁着周末或公共假期在国内旅游, 但只能想到槟城极乐寺、 吉隆坡双峰塔、 热浪岛, 又觉得这些地方太主流、 人又多、 而且没新鲜感了吗? 今天,小编就要来向大家介绍一些马来西亚可媲美国外、 鲜为人知的冷门景点吧·!
《One World:Together at Home》将于美国时间4月18日(六)2 p.m. (大马时间4月19日 12 a.m. )开始在线上直播,电视直播则从美国时间4月18日(六)8 p.m. (大马时间4月19日 6 a.m.)开始。线上和电视直播演出艺人不同哦!
山峦起伏的森美兰州, 有绿意盎然的美景, 成片成片的热带雨林在雨后更加翠绿, 空气更加新鲜! 这里绝大部分的民宿都以贴近自然为特色, 因此有些民宿甚至让你住进没有无线网络的鸟巢, 真实感受远离世俗和尘嚣的滋味。 今天小编推荐几座值得一去的森美兰民宿。 环境幽静空气新鲜的好地方, 千万不能错过!
马来西亚行动限令又再延长14天, 已经闷在家长蘑菇的你还不知道要做什么吗?! 那就马上刷起一波铺天盖地的丧尸片。 这部《尸战朝鲜》(Kingdom), 旧名《李尸朝鲜》, 在2019年1月份开播第一季就深受好评, 烂番茄好评度高达96%。 由此可见它真的超值得吹爆!这里告诉你不得错过这部电视剧的7大原因!
World class yum at home!
Don't let these misconceptions cloud your judgment!
说走就走的中国行!
Check out all the city’s must-visit attractions and must-try foods!
赏心悦目的 KL 度假屋!
全都是小编亲自去过并推荐的~