9月16日。。。约吗?
Rakyat Malaysia memang gemar melancong. Hal ini mungkin kerana negara kita mempunyai banyak cuti umum. Tapi, tahukah anda bahawa mudah benar untuk kita teka jika seseorang pelancong itu berasal dari Malaysia? Terdapat sesetengah perkara unik yang hanya orang Malaysia saja lakukan sewaktu melancong.
Pernah tak anda lihat seseorang di luar negara dan berfikir “dia ni memang sah orang Malaysia”? Tak susah mana pun untuk teka, sebenarnya.
Jom baca lebih lanjut senarai 19 perkara yang orang Malaysia confirm lakukan semasa melancong di luar negara. Cuba lihat berapa banyak perkara yang anda turut sama lakukan!
Kadang-kadang, kita melancong kerana satu perkara sahaja: untuk lari dari cuaca Malaysia. Panas terik woi! Jadi, ramai pelancong Malaysia yang memilih untuk ke negara yang bercuaca sejuk, nyaman dan mempunyai musim berbeza-beza. Jika anda bercakap tentang salji dengan pelancong Malaysia, mereka pasti akan menjadi gembira serta-merta!
Orang Malaysia yang bercuti ketika musim sejuk, lebih-lebih lagi buat pertama kali, selalunya akan membawa baju sejuk yang amat mencukupi untuk mengeram sebiji telur dinosaur. 😂 Tubuh kita habis dibungkus seperti nasi lemak sebelum keluar bersiar-siar, padahal, cuacanya tak sejuk mana pun!
Walaupun begitu, kita tetap akan membawa berlapis-lapis baju sejuk untuk percutian musim sejuk yang akan datang.
Kita semua pernah melakukan ini. Antara barang-barang yang biasa disumbatkan dalam beg ialah: mi segera, lauk segera Brahim’s, biskut, MILO, Nescafe, dan banyak lagi. Tanya sahaja mana-mana pelancong Malaysia di luar negara dan anda tentu akan menemui barang-barang ini di dalam beg mereka.
Selain itu, jangan risau jika anda jatuh sakit! Dalam kumpulan pelancong Malaysia, pasti ada sekurang-kurangnya seorang yang membawa ubat-ubatan seperti Panadol, ubat batuk dan minyak angin. Maklumlah, kita sediakan payung sebelum hujan!
Tak kiralah betapa enaknya pasta dan daging stik di luar negara, jika anda memang anak Malaysia sejati, anda pasti teringin untuk makan nasi semasa bercuti. Dah namanya makanan ruji sejak kita lahir lagi, mestilah tak boleh tinggal kan?! Lagipun, makan makanan Western sepanjang masa pun boleh membuatkan kita muak. Jadi, nasilah jawapannya!
Malaysia dan makanan pedas tiada pisahnya. Jika mulut tak berbahang kepanasan, makanan itu pasti tidak cukup pedas atau tidak cukup enak. Sebab itulah sesetengah orang Malaysia membawa sos buatan Malaysia semasa bercuti! Memang benar-benar komited! 👏👏
Dan ini satu tip berguna untuk anda: masyarakat di Hong Kong TIDAK memakan siew mai dengan cili sos. Jadi, jangan cuba untuk meminta cili sos di restoran dim sum Hong Kong. Percayalah, saya pernah cuba, dan ia tak berbaloi langsung.
Apabila terjumpa jenama buatan Malaysia di luar negara, pasti kita berasa bangga. Ataupun kelakar. Kadang-kadang, kedua-duanya sekali, tetapi setiap kali kita terlihat kereta berjenama Proton di mana-mana, atau seksyen di pasaraya yang menjual barangan buatan Malaysia (selalunya Ipoh White Coffee), pasti kita akan tersenyum.
Walaupun kadangkala kita tidak membeli barangan ini di tanah air sendiri, kita pasti sempat mengambil gambar dan pos di laman media sosial. #MalaysiaBoleh
Saya faham perasaan kita sewaktu melancong amat gembira, jadi kita mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Saya juga faham yang kita ingin mengingati pemandangan yang cantik selama-selamanya, dan ada sesetengah makanan yang memang layak diambil gambar terlebih dahulu kerana ia nampak terlalu enak.
Tapi, dalam banyak-banyak pelancong, pasti ada SEORANG manusia yang akan pos SEGALA-GALANYA di Instagram mereka. Seperti contoh, perlukah anda update semua orang dari saat anda berlepas dari lapangan terbang sehinggalah tiba di rumah? Perlu keeee?
Jangan cuba untuk nafikan hal ini. Orang Malaysia sudah terkenal sebagai pencinta makanan, dan sesetengah daripada kita memang hidup untuk makan. Jadi, keputusan untuk memilih hotel penginapan pun kadang-kadang bergantung pada bufet sarapannya. Nak tak nak, kita mesti akui satu perkara: kadangkala kita berfikir menggunakan selera tekak! 🤭🤭
Baiklah, angkat tangan jika anda pernah mengambil sesuatu dari meja bufet sarapan di hotel. Saya dah agak dah! Walaupun sebenarnya kita bukan seorang pencuri, kadangkala kita tak dapat menahan nafsu dari mengambil sesuatu dari bufet itu. Tak kisahlah roti ke, mufin ke, atau ataupun hanya sebiji epal, sukar nak dijelaskan kenapa kita suka tapao. 😂
Mungkin kerana kita tak begitu berselera pada pagi hari. Jadi, kita ‘save’ lah untuk makan tengah hari! #alasan
Jangan cuba untuk menafikan ini juga. Saya pernah lakukannya, anda pernah lakukannya, kita semua pernah lakukannya, lebih-lebih lagi semasa kita kecil. Tapi, ada juga faedahnya kerana botol-botol kecil ini amat sempurna untuk menyimpan sabun mandi, syampu dan barangan kosmetik untuk percutian akan datang. Kitar semula giteww! ♻️♻️♻️
Kita semua tahu bahawa orang Malaysia amat berbakat dalam pelbagai bahasa. Hinggakan apabila melancong di luar negara, kita terikut-ikut untuk meniru loghat masyarakat di sana. Kenapa, tak boleh ke? Kita semua nak blend in kannn!
Ini amat nyata, lebih-lebih lagi apabila kita melancong ke negara berbahasa Inggeris seperti United Kingdom atau Australia, dan mula berinteraksi dengan penduduk tempatan.
Entah kenapa, semakin lama kita berbual dengan mereka, loghat kita semakin berubah.
Kalau menjadi, kita mungkin dianggap sebagai penduduk tempatan; kalau tidak menjadi pula; kita mungkin kedengaran seperti seorang manusia yang amat keliru dan mempunyai krisis identiti. 😂
Walau apapun, janganlah pula anda tiba-tiba berkata ‘clever clever squirrel jump, one day fall to the ground also’, dan pastikan anda ubah loghat anda kepada loghat Malaysia sebelum pulang ke tanah air!
Walaupun kita amat pandai meniru loghat bahasa asing, cara percakapan kita yang unik memang langsung tak boleh disembunyikan. Tak kiralah jika kita fikir bahawa kita mampu berbual seperti orang putih, lambat-laun, perkataan “lah, meh, hor, leh, wor” semua akan terkeluar dari mulut!
Itulah saat apabila pelancong Malaysia lain menegur kita “Eh, you Malaysian also ah?”
Walaupun ia merupakan bahasa kebangsaan kita, Bahasa Malaysia tidak selalunya digunakan dalam kehidupan seharian. Bangsa-bangsa yang lain pula selalunya menggunakan bahasa ibunda mereka ataupun Bahasa Inggeris.
Namun, perkara ini berubah apabila kita bercuti ke luar negara. Hal ini mungkin kerana kita ingin berbual tanpa didengari penduduk tempatan ataupun kita sebenarnya rindu untuk berada di tanah air sendiri.
Nota: Cara ini tidak semestinya berkesan di Indonesia.
Undang-undang universal trafik ialah: kenderaan bermotor (kereta, bas, motosikal, dll) perlu memberi laluan di lintasan pejalan kaki. Undang-undang ini ternyata tidak pernah diperkenalkan di Malaysia.
Sebab itulah sewaktu bercuti di luar negara dan sewaktu tiba masanya untuk melintas, kita akan berasa keliru. Bolehkah kita melintas? Perlukah kita beri laluan kepada kereta lain? Adakah kereta itu akan berhenti? Patutkah kita berlari? Patutkah kita biarkan kereta itu pergi terlebih dahulu? Inilah deretan persoalan yang orang Malaysia perlu pertimbangkan di lintasan pejalan kaki.
Malah, apabila ada kereta yang BERHENTI untuk kita melintas, tiba-tiba kita berasa amat kagum dan berterima kasih kepada mereka!
Okey, ini tabiat buruk yang kita perlu perbaiki.
Walaupun sukar untuk memahami budaya melintas jalan di luar negara, rakyat Malaysia masih tahu bagaimana untuk melintas. Pengalaman membesar di Malaysia selama bertahun-tahun lamanya telah mengajar kita satu perkara: jika anda ingin melintas jalan, cuma angkat tangan kepada kereta-kereta lain dan lintas! Ya, jika kita ingin ke sesuatu tempat, tiada siapa pun yang dapat menghalang.
Nota: ‘Jaywalking’ atau melintas tanpa mengikut undang-undang tidak dibenarkan di kebanyakan negara kerana ia amat berbahaya. Walaupun anda dalam keadaan tergesa-gesa, lupakanlah cara orang Malaysia dan gunakan lintasan pejalan kaki yang disediakan. Kau ingat atuk kau yang buat jalan ni ehhh?
Kos melancong pada zaman sekarang agak tinggi untuk rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi kerana nilai Ringgit Malaysia yang sering menurun. Jadi, sewaktu kita bercuti, kita akan sentiasa menukar segala-galanya ke Ringgit Malaysia untuk mengawasi kos perbelanjaan kita. Dan selalunya, hal ini akan membuatkan kita rasa sedih dan serba salah. Ringgit ohhh Ringgit…
Berasal dari negara berbilang bangsa dan budaya, rakyat Malaysia amat terbuka untuk mempelajari budaya masyarakat lain ketika melancong. Kita gemar untuk berasimilasi dengan adat penduduk tempatan seperti memakai baju tradisional, menikmati makanan tempatan, dan juga berinteraksi dalam bahasa tempatan.
Walaupun personaliti rakyat Malaysia sangat unik, kita masih mencuba sebaik-baiknya untuk mendalami cara hidup penduduk tempatan. Hasilnya ialah cerita-cerita dan pengalaman pengembaraan yang amat berharga!
Maksud saya, makanan. Cuba anda fikirkan, apakah satu-satunya benda yang pelancong Malaysia takkan pernah gagal untuk bawa pulang? Tentulah makanan!
Ia boleh terdiri daripada coklat, snek, produk herba kering, dan juga mi segera! Ini semua barangan yang paling mudah untuk dibawa pulang dan siapa saja yang akan menolak makanan? Ia praktikal dan mampu menggembirakan ramai orang. Itulah satu perkara yang masyarakat lain perlu pelajari daripada kita.
Satu-satunya perkara yang kita suka lakukan semasa melancong ialah membandingkan semua benda dengan Malaysia. Kalau boleh, segala-galanya mahu dibandingkan seperti makanan, membeli-belah, pengangkutan awam, dan juga profil tinder seseorang di sesebuah negara (jangan tanya plis)!
Tetapi, walaupun ada sahaja perkara yang kita mahu kritik tentang negara kita, akhirnya kita pasti setuju bahawa tiada tempat yang sama seperti Malaysia.
Jadi, berapa banyak perkara yang anda pun lakukan dalam senarai ini? Ada lagikah perkara yang kami terlupa untuk masukkan? Saya tahu orang Malaysia memang ramah-ramah belaka, jadi jangan malu untuk komen di bawah!
Published on
9月16日。。。约吗?
山峦起伏的森美兰州, 有绿意盎然的美景, 成片成片的热带雨林在雨后更加翠绿, 空气更加新鲜! 这里绝大部分的民宿都以贴近自然为特色, 因此有些民宿甚至让你住进没有无线网络的鸟巢, 真实感受远离世俗和尘嚣的滋味。 今天小编推荐几座值得一去的森美兰民宿。 环境幽静空气新鲜的好地方, 千万不能错过!
清新的空气,层层的云海,寂静无声,美景和难忘的日出与日落—— 还有什么比这更美好?
觉得奶茶太贵, 而且嘴巴还有点馋? 你可能需要的不止是饮料, 而是甜品啦! 很多人听到甜品店都觉得价格肯定超贵, 可是甜点其实也可以很便宜的, 只是看你去哪里吃~ 这里推荐雪隆区必须去的打卡的甜品店, 重点是好吃又不贵, CP值超高, 绝对不会让你钱包大出血!
文冬附近有超多的度假村可以选择, 最重要的是隐藏版的秘密花园和森林绝对让你欲罢不能! 更值得一提的是, 想要举办婚礼或是开趴, 在这些与世隔绝的深山中免受外界打扰, 根本就是完美地标! 这里为你推荐文冬七大最美住宿, 如果你有刚好想分享的, 记得留言让小编知道啦~
JESTA 预计会在 2030年前全面实施!
费时,但省钱啊!
可能需要重新调整你的旅游预算啦!
曼谷至槟城 Butterworth 站的直通列车服务即将重启啦!
Here's to uncover the lesser known Australia.