19 Perkara Menarik Yang Anda Perlu Lakukan di Pulau Pinang

Reputasi makanan di Pulau Pinang memang sudah diketahui ramai, baik dalam kalangan rakyat Malaysia mahupun pelancong dari luar negara. Namun, tahukah anda bahawa terdapat banyak lagi perkara yang anda boleh lakukan di sini selain melantak makan?

Dalam senarai ini, kami telah menghimpunkan 19 perkara menarik yang anda tidak boleh lepaskan jika anda berkunjung ke Pulau Pinang!

1. Sertai The Habitat Sunset Walk untuk menikmati pemandangan matahari terbenam

The Habitat ialah tempat yang paling sempurna untuk mempelajari tentang hutan hujan tropika Malaysia yang telah wujud kira-kira 130 juta tahun dahulu!

2. Beristirahat di Boulder Valley Glamping yang mewah

Image credit: Boulder Valley Glamping Official Website

Dengan pembinaan tempat-tempat eko-pelancongan seperti Boulder Valley Glamping, percutian di Pulau Pinang yang sememangnya destinasi terpenting di Malaysia menjadi lebih lengkap. Terletak di Balik Pulau, penggemar alam kehijauan berpeluang untuk beristirahat dengan damai di sini.

3. Ataupun menginap di Cheong Fatt Tze Mansion dan lihat lokasi penggambaran ‘Crazy Rich Asians’

Image credit: Eric Lefevre-Ardant

4. Jejaki mural street art di serata bandaraya

Tip: Bawa payung atau topi semasa bersiar-siar sekitar George Town. Cuaca panas giler baru-baru ni!

5. Serlahkan personaliti foodie anda di Wonderfood Museum

Image credit: Wonderfood Museum Penang Official Facebook

Percutian anda ke syurga makanan ini tidak lengkap tanpa melawati muzium ini!

6. Selami sejarah pelbagai agama di Street of Harmony

Image credit: Dena Flows

Kewujudan ‘Street of Harmony’ yang dibina pada abad ke-18 membuktikan bahawa  Pulau Pinang menghormati masyarakatnya yang berbilang agama. Di sini, anda dapat menyaksikan tempat-tempat suci seperti St. George Church, Goddess of Mercy Temple, Sri Maha Mariamman Temple, dan Masjid Kapitan Keling yang terletak berdekatan antara satu sama lain.

7. Lihat tapak lama Lombong Kampung Guar Petai yang mengagumkan

Image credit: 走咯 我们吃喝旅行去 Official Facebook

Lombong bijih timah yang telah ditinggalkan ini merupakan hidden gem yang terbaru di Pulau Pinang. Juga dikenali sebagai Frog Hill Tasek Gelugor, tempat ini amat sesuai untuk penggemar fotografi alam semula jadi!

8. Raikan cinta di Penang Hill Love Lock

Tip: Siap sedia dengan kunci mangga anda sebelum datang ke sini!

Baca lagi: Aktiviti Menarik di Johor

9. Jalan-jalan cari makan di Little India

Image credit: stratman² (busy-taking care of Joey)

Nasi Kandar, Roti Canai Banjir, Nasi Dalca, Samosa, Cheese Naan, Nasi Biryani, Murtabak, Vegetarian Thali; semuanya ada di sini!

10. Jejaki salah satu tokong Buddhisme yang terbesar di Asia Tenggara

Image credit: keejw

Kek Lok Si Temple merupakan kuil Buddha terbesar di Malaysia yang terletak di atas bukit. Dibina pada tahun 1890, kuil yang berdiri megah ini merupakan antara bangunan paling bersejarah di negeri ini dan ia menjadi tempat pemeliharaan adat resam bangsa Cina dan ajaran Buddhisme.

11. Lihat matahari terbit di Clan Jetties of Penang

Image credit: Steve Jeremy Soosay

Clan Jetties of Penang terdiri daripada enam buah jeti yang dikenali sebagai Lim Jetty, Chew Jetty, Tan Jetty, Lee Jetty, Mixed Clan Jetty dan Yeoh Jetty. Ia merupakan perkampungan keturunan bangsa Cina yang telah dibina sekitar abad ke-19. Jika anda bercadang untuk ke sini, sila hormati penduduknya dan nikmati suasana yang benar-benar tenang dan mengagumkan!

12. Nikmati cahaya malam berwarna-warni di Penang Avatar Secret Garden

Image credit: Shang Chieh

Dunia Pandora turut berada di Malaysia rupanya!

13. Zipline di The Gravityz, KOMTAR

Image credit: The Gravityz

Bagi yang gemarkan aktiviti lasak seperti bergayut pada ketinggian 239 meter, The Gravityz yang terletak di Tingkat 65 Menara Komtar ialah destinasi anda yang paling sesuai! Cabaran ropes course (tertinggi di dunia!) dan pemandangan bandaraya yang memukau menanti anda di sini!

14. Pelajari sejarah Pulau Pinang di Penang Time Tunnel Museum yang interaktif!

Image credit: Penang Tunnel Museum

Seperti Wonderfood, Penang Time Tunnel merupakan muzium interaktif yang menceritakan sejarah Pulau Pinang yang bermula sejak lebih daripada 400 tahun dahulu. Muzium yang turut menyediakan mural 3D dan lukisan glow in the dark ini amat sesuai untuk seisi keluarga!

15. Bermain di ESCAPE Theme Park yang penuh mencabar!

Image credit: Escape Theme Park Official Facebook

Sebagai taman tema 2-dalam-1 yang menawarkan aktiviti air (Waterplay) dan aktiviti lasak (Adventureplay), ESCAPE yang berkelas dunia ini sesuai untuk semua jenis pengunjung, termasuklah kanak-kanak. ESCAPE juga menghargai aktiviti-aktiviti yang suatu ketika dahulu menjadi peneman kanak-kanak di kampung seperti bermain di sungai dan memanjat pokok, jadi misi taman tema ini ialah untuk memperkenalkan semua ini dengan slogan “Low Tech, High Fun”!

Antara aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan di sini ialah Tubby Racer, Tubby Rapids, Monkey Business, Flying Lemur, Atan’s Jump, Banana Drop dan sebagainya! Dan bagi yang ingin bersantai, terdapat juga Lazy River, ESCAPE Club dan Wave Ball. Apa yang anda tunggu lagi, pergi cadangkan taman tema ini untuk Team Building Day anda!

16. Lawati salah satu taman rama-rama terbesar di Malaysia

Entopia yang pernah dikenali sebagai Taman Rama-Rama Pulau Pinang telah menerima wajah baru pada beberapa tahun yang lepas! Bagi yang ingin mempelajari tentang rama rama dan pelbagai jenis serangga lain, Entopia bagaikan bilik darjah alam semula jadi yang terbesar untuk anda!

Di The Natureland, anda dapat menyaksikan kira-kira 15,000 ekor rama-rama yang berterbangan bebas dan lebih daripada 200 spesis tumbuhan di taman bunga yang disediakan. Manakala di The Cocoon, anda dapat mempelajari tentang dunia invertebrata di pelbagai fasiliti moden seperti Pandora Forest, Lumino City, Downtown Entopia, Understory Tales dan banyak lagi!

17. Melihat Pantai Kerachut yang cantik di Taman Negara Pulau Pinang

Image credit: Alexey Komarov

18. Belajar tentang rempah-ratus di Tropical Spice Garden

Anda juga boleh menyertai kelas memasak di sini! Sambal Petai, Nasi Minyak, Bubur Pulut Hitam, Nasi Kerabu dan Nasi Tomato? YASSSS!

19. Hargai karya seni dan alam semula jadi di Art & Garden by Fuan Wong

Image credit: Art & Garden

Namanya sahaja sudah jelas! Satu lagi hidden gem ini merupakan idea Fuan Wong yang merupakan artis kelahiran Pulau Pinang. Gabungan karya seni yang menggunakan pelbagai bahan seperti warna air, kaca, mozaik dan besi digandingkan dengan flora dan fauna semula jadi di sini. Memang konsep yang unik!

Pulau Pinang Gabungan Moden dan Tradisional

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Jika anda fikir Pulau Pinang hanyalah tempat untuk makan, anda silap! Dengan alam kehijauan dan kawasan perairan yang luas, deretan bangunan yang bersejarah dan idea-idea penduduknya yang kreatif, anda pasti akan jatuh cinta dengan Pulau Pinang!

Baca lagi: Aktiviti Menarik di Kuala Lumpur

By Salmi

Brand Managers!

Want to see your brand or business in this story?

Talk to us now

品牌经理们!

想在本文中看见您的品牌或公司吗?

现在就和我们联系吧

RECOMMENDED READS

RECENT ARTICLES