这个周末不想呆在家又不想跑太远,那就到Sungai Buloh双溪毛糯来个半日游,不为人知的当地好吃、好玩一一为你介绍!

Anda fikir percutian ke Sabah hanyalah untuk pencinta alam semulajadi? Hmm, mungkin anda tak tahu tentang makanan di sini! Ya, Sabah ialah syurga makanan. Sila ke tepi, Penang dan Ipoh. Kali ini Sabah pula menjadi destinasi jalan-jalan cari makan kami!
Dengan kawasan perairan yang luas, Sabah yang terletak di Kepulauan Borneo sering digelar sebagai syurga makanan laut. Bukan itu sahaja, migrasi bangsa Cina ke sini seawal abad ke-14 membuatkan Sabah terkenal dengan hidangan mee, sehingga ia digelar ‘The Noodle Capital of Malaysia’!
Nak tahu apa lagi yang istimewa di sini? Jom lihat senarai tempat makan halal dan terbaik di Sabah!
Image credit: Michael Loke
Walaupun digelar syurga makanan laut, tahukah anda bahawa Laut China Selatan juga ialah antara kawasan perairan terbesar di dunia yang menghadapi ancaman kepupusan hidupan marin? Di Waterfront Seafood Night Market, anda akan menemui pelbagai jenis makanan laut, termasuklah spesis yang terancam seperti ikan parrotfish.
Nasihat kami ialah untuk membeli makanan laut yang tidak terancam seperti ketam, kupang, udang, ikan merah dan banyak lagi! Kemudian, serahkan kepada pihak restoran di sekitar pasar ini dan mereka akan memasak mengikut pilihan anda seperti tiga rasa, stim, bakar, dan goreng butter. Mudah, bukan? 😋
Image credit: D’Place Kinabalu Official Instagram
Percutian anda ke sini tidak lengkap tanpa mencuba makanan etnik Sabah! Salah satu restoran pork-free yang menghidangkan makanan etnik Kadazandusun-Murut ialah D’Place Kinabalu, Plaza Shell.
Terdapat bufet makan tengahari dan makan malam serta hidangan ala-carte pada waktu tengahari. Dan yang paling istimewanya, restoran ini mempunyai persembahan tarian kebudayaan Kadazan, Melayu dan Murut pada pukul 7.30 malam!
Antara makanan yang popular ialah Tuhau Assam Pedas Oxtail, Pinasakan Sada (stu ikan ampap), Hinava (ikan mentah dengan perahan limau nipis dan bahan sampingan), Tuhau (sejenis tumbuhan liar), Linopot (nasi dalam bungkusan daun pisang), dan Ambuyat (campuran tepung sagu yang dimakan dengan lauk).
Image credit: LetsGoHoliday.my Official Facebook
Jika di Semenanjung, Roti Canai Banjir menjadi pilihan ramai semasa bersarapan pagi. Tetapi, di Sabah, Roti Cobra yang terdiri daripada roti canai, kuah kari/dhal, ayam/kambing, sayur dan telur mata lembu ialah pilihan masyarakat di sini. Jangan tanya kami kenapa namanya Cobra sudahlah! 😂
Image credit: BORENOS FRIED CHICKEN Official Instagram
Dah bosan dengan Mcdonald’s dan KFC? Jom cuba Borenos Fried Chicken, restoran makanan segera tempatan yang dibuka pada tahun 2015 untuk masyarakat Sabah!
Inspirasi nama Borenos datang daripada perkataan ‘Borneo’ dan ‘Sabah’, dan keistimewaan restoran ini ialah mereka menggunakan ayam dara (spring chicken) yang dihantar segar setiap hari. Hasilnya ialah daging ayam yang lembut dan rasa yang enak sekali!
Antara hidangan yang popular di sini ialah Half Spring Chicken, Premium Chicken Burger, Potato Platter, Fish & Chips dan Cheesy Chicken Rice.
Image credit: Biru Biru Cafe Official Instagram
Jalan Dewan digelar Australia Place oleh masyarakat tempatan kerana ia merupakan pusat pangkalan tentera Australia semasa Perang Dunia Kedua. Semasa era 60-an pula, ia dikenali sebagai ‘Printer Street’ kerana penubuhan deretan kedai yang menawarkan servis mencetak.
Kini, Jalan Dewan yang masih kekal antik terkenal dengan kafe-kafe dan rumah tetamu backpackers. Woo!, Biru Biru, Nook Cafe dan October Coffee ialah antara kafe yang sering menjadi pilihan pengunjung di sini!
Image credit: MeeTauhu Corner Official Instagram
Daerah Tawau amat terkenal dengan hidangan Mee Tauhu yang menjadi menu sarapan utama masyarakat di sana. Ia terdiri daripada mee goreng dengan telur mata lembu, sambal belacan serta tauhu sumbat berisi ikan dan terung masak taucu.
Bagi yang tidak merancang untuk ke Tawau, jangan risau kerana Mee Tauhu Corner yang terletak di bandaraya Kota Kinabalu juga menyediakan hidangan ini! Selain Mee Tauhu, mereka juga menyediakan Sanggar Pappek (pisang goreng dengan sambal pedas) dan Nasi Kuning Ikan.
Image credit: Sabah Eats Official Instagram
Pernah dengar tentang Nasi Panggang tak? Kalau tak, singgah di Warung Bandung untuk merasai makanan Indonesia ini!
Nasi Panggang ialah nasi bersama rempah ratus yang dipanggang dalam daun pisang. Ia digandingkan dengan pelbagai lauk seperti Ayam Penyet, Ikan Keli Balado, Ayam Goreng Kalasan, Ayam Panggang Tiga Rasa dan Ayam Pepes. Haaa, pandai-pandailah pilih lauk anda sebab semuanya memang sedap! 🤤
Image credit: The Warung Official Instagram
Selain Mee Tauhu, Nasi Kuning juga merupakan menu sarapan utama masyarakat Tawau. Rasa dan aroma nasi kuning yang enak datang daripada gabungan santan, kunyit dan halia. Di The Warung, ia digandingkan dengan ikan boulu goreng atau ayam goreng, sambal tumis, sambal tempe dan serunding kelapa.
The Warung juga menyediakan satu lagi makanan tradisi Sabah iaitu Nasi Goreng Lalap. Kesedapan nasi goreng yang dihidangkan dengan ayam goreng, keropok dan aneka sayuran ini bergantung pada sambal belacan-tomato yang cukup istimewa!
Image credit: Kedai Makan Santubong Dan Kek Lapis Sarawak Official Facebook
Alang-alang sudah tiba ke Sabah, jom nikmati hidangan dari Sarawak juga! Kedai Makan Santubong bukan sahaja menawarkan Laksa Sarawak, Mee Kolok dan Mee Jawa yang asli, malah Kek Lapis Sarawak dengan pelbagai perisa juga ada di sini.
Image credit: Brunei Satay House Legacy Official Facebook
Senangnya bercuti di Sabah. Bukan setakat makanan Sarawak dan Indonesia yang anda boleh cuba, makanan dari negara Brunei pun ada!
Di Brunei Satay House Indah Permai, anda berpeluang menikmati aneka sate, kochung (pulut nasi dengan ayam dan kacang ala Hokkien), Nasi Kuning Ayam Madu dan Set Ambuyat. Walaupun Ambuyat amat terkenal dalam kalangan masyarakat Sabah, sebenarnya Ambuyat ini makanan kebangsaan Brunei!
Image credit: Food Porn Sabah 沙巴吃货 Official Instagram
Haaa, senarai ini memang tidak lengkap tanpa Mee Tuaran yang menjadi kebanggaan penduduk Sabah! Keistimewaan hidangan ini terletak pada asas mee kenyal yang diperbuat daripada adunan kuning telur dan tepung.
Kebanyakan tempat menjual Mee Tuaran yang tidak halal tetapi di Kantin Bakut, Mee Tuaran Goreng Tomyam yang pork-free menjadi pilihan pengunjung! Tetapi, jangan risau jika tempat ini terlalu jauh untuk anda, Grace Point Food Court di Kota Kinabalu juga menawarkan Mee Tuaran yang halal! 😊
Jadi, itulah dia 11 tempat makan paling istimewa yang anda perlu kunjungi di Sabah. Sudahkah anda merancang untuk ke sini? Gunakan senarai ini dan jangan ragu-ragu untuk menikmati makanan tradisi Sabah yang halal dan enak! Makan-makan Sabah, bah!
Baca lagi: 14 Tempat Menarik Yang Anda Perlu Lawati Di Sabah
Published on
这个周末不想呆在家又不想跑太远,那就到Sungai Buloh双溪毛糯来个半日游,不为人知的当地好吃、好玩一一为你介绍!
露营,不管是原始版还是豪华版,都能让你在与大自然零距离接触的同时,彻底放松身心灵。这个周末就约上三五好友露营去吧!
Macao, where your ‘gram dreams really do come true.
住宿费高,交通费高,伙食费也高。生活在悉尼的学生们,即使一个星期打工20个小时,也最多只能补贴一半的生活费。想吃一顿好吃的却又担心钱包越来越薄,只好每天往Maccas(麦当劳)跑。是不是说中了你的心声呢?别担心,今天就让小编为你提供10个经济实惠的餐厅,从今以后让你和Maccas说拜拜!
无论你是喜欢感受当地文化,还是探索大自然的奥妙,处处风景如画的斯洛文尼亚都能满足你的愿望。在斯洛文尼亚,无论何时何地都能让你拥有精彩丰富的旅游体验,只要用心感受,你一定能这趟旅行中探索属于你的斯洛文尼亚特色。
你以为只有日本有樱花吗?
韩国的春季好漂亮啊!
还没策划您的赏樱之旅吗?
肥美丰腴的鲜鱼、醇香的新酿清酒,以及雪景环绕的户外温泉!
越来越多人了哦~