想要趁着周末或公共假期在国内旅游, 但只能想到槟城极乐寺、 吉隆坡双峰塔、 热浪岛, 又觉得这些地方太主流、 人又多、 而且没新鲜感了吗? 今天,小编就要来向大家介绍一些马来西亚可媲美国外、 鲜为人知的冷门景点吧·!
Selain menikmati dim sum halal yang enak, ber-shopping di pusat beli-belah terkemuka serta meneroka taman-taman indah, pantai, dan trek pendakian, terdapat bermacam lagi aktiviti yang boleh dilakukan di Hong Kong walaupun hanya dalam masa 3 hari 2 malam.
3 hari mungkin tidak cukup untuk anda melihat Hong Kong secara keseluruhan, namun tempoh masa 72 jam masih cukup untuk anda alami keseronokan menjelajah bandar ini.
Perlukan panduan perjalanan lengkap untuk pengembaraan anda ke “Mutiara Timur”? Jangan risau; panduan perjalanan ke Hong Kong yang kami sediakan direka khas untuk membantu pelancong Muslim merancang percutian yang sempurna — walaupun anda tinggal di sana hanya selama 3 hari. Dapatkan keperluan pra-percutian, lokasi tarikan yang wajib dilawati, serta segalanya yang perlu anda ketahui sebelum berangkat ke Hong Kong.
Pelancong boleh menikmati keindahan Hong Kong pada bila-bila masa sahaja. Namun, iklim subtropika mungkin menyebabkan cuaca yang bervariasi sepanjang tahun. Musim panas dari bulan Jun hingga Ogos menyebabkan cuaca menjadi hangat dan lembap, sementara musim taufan bermula pada bulan Mei dan berlarutan hingga Oktober.
Bagi kebanyakan pelancong, cuaca di Hong Kong adalah paling nyaman pada musim luruh dan awal musim sejuk iaitu dari September hingga Disember. Sepanjang empat bulan ini, anda bakal dapati matahari bersinar dalam cuaca sejuk yang menenteramkan.
Bahasa: Bahasa Cina dan Inggeris adalah bahasa kebangsaan Hong Kong. Dialek kantonis merupakan bahasa utama, tetapi Bahasa Cina dan Inggeris digunakan secara meluas dalam kalangan masyarakat di sana.
Matawang Tempatan: Dolar Hong Kong atau HKD. Terdapat beberapa kaunter pengurupan wang di lapangan kapal terbang, tetapi pelancong juga boleh menukar wang di mana-mana kaunter tukaran wang yang berlesen.
Kami sarankan anda memilih kaunter yang diiktiraf oleh Quality Tourism Services Scheme. Kad kredit dan servis e-wallet (Google Pay, Apple Pay, Alipay, WeChat Pay) juga digunakan secara meluas di Hong Kong, begitu juga mesin ATM yang mudah didapati di sana.
Voltan Elektrik: Voltan piawaian ialah 220V AC, 50Hz. Anda digalakkan membawa plag kaki tiga jenis UK untuk mengembara ke Hong Kong.
Pelancong asing selalunya mengambil penerbangan terus ke Hong Kong melalui Hong Kong International Airport (HKIA). Pelancong Muslim boleh singgah sebentar ke surau/bilik solat di lapangan terbang ini sesudah mendarat ataupun sebelum berlepas. Dari HKIA, anda boleh bergerak ke hotel di pusat bandar menggunakan teksi, bas, ataupun Airport Express.
Benda pertama yang perlu dilakukan: dapatkan cenderahati percuma. Sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan anda, Hello Hong Kong Campaign mengambil inisiatif untuk meraikan tetamu dengan pelbagai jenis hadiah seperti baucar tunai serta buah tangan eksklusif dari lokasi-lokasi tarikan ikonik Hong Kong. Anda boleh dapatkan cenderahati ini dari Hong Kong Tourism Board Visitor Centre yang terdapat di lapangan terbang sebelum anda meneroka metropolis ini.
Meninggalkan lapangan terbang untuk ke pusat bandar adalah amat mudah dengan adanya pengangkutan awam yang pelbagai di Hong Kong. Anda boleh menaiki MTR Hong Kong Airport Express yang pantas dan mampu membawa pelancong dari lapangan terbang ke bandar dalam tempoh 24 minit sahaja! Anda juga boleh menggunakan kemudahan bas serta pengangkutan persendirian dari lapangan terbang ke lokasi pelancongan utama di bandar Hong Kong seperti Tsim Sha Tsui, Central, dan banyak lagi.
Tip: Muat turun aplikasi HKeMobility untuk dapatkan informasi terkini mengenai pelancongan di Hong Kong serta pengangkutan awam, termasuk jalan-jalan utama, jadual perjalanan serta kondisi semasa trafik.
Dengan masa yang suntuk untuk menjelajahi Hong Kong, anda perlu merancang perjalanan dengan baik untuk mendapatkan pengalaman terindah di bandar ini. Dengan itu, kami telah menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik untuk anda lakukan di Hong Kong selama tiga hari.
Sebagai lokasi yang kaya dengan taman tema serta tempat-tempat tarikan yang mesra kanak-kanak, Hong Kong memberi peluang kepada anda untuk menjadi anak kecil semula. Jangan lepaskan kesempatan untuk menunggang ‘rollercoaster’, meluncur gelongsor besar, ataupun bertemu dengan haiwan-haiwan comel — walaupun anda hanya mempunyai 72 jam di Hong Kong, anda tak akan menyesal meluangkan masa di taman tema yang utama di bandar ini.
Sudah tentunya berada di kedudukan taratas dalam senarai taman tema Hong Kong yang kami kongsikan adalah taman tema paling popular di dunia: Hong Kong Disneyland. Kanak-kanak serta sesiapa sahaja yang sukakan keseronokan akan jatuh cinta dengan tempat terceria di bumi ini, yang juga mempunyai tunggangan yang menyeronokkan seperti Hyperspace Mountain dan Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars yang bertemakan Star Wars.
Teruskan pengembaraan penuh magis anda dengan melawat Castle of Magical Dreams dan bertemu dengan 14 puteri dan permaisuri Disney kegemaran anda. Setelah matahari terbenam, acara magikal bertemakan lampu, muzik serta pertunjukan bunga api pula mengambil tempat di Disneyland — Momentous Nighttime Spectacular ini merupakan acara yang ditunggu-tunggu di taman tema ini.
Tak perlu risau untuk mencari tempat makan yang sesuai; Tahitian Terrace menyediakan hidangan Asia yang halal dan menyelerakan untuk mengisi perut anda sepanjang pengembaraan di taman tema ini. Pelancong Muslim juga pasti menghargai kewujudan bilik solat yang disediakan di Hong Kong Disneyland.
Adakah anda lebih gemar bermandi-manda di taman tema air? Pastikan anda pergi ke Ocean Park Hong Kong, taman teman bertaraf dunia yang menyatukan hiburan taman tema dengan pertunjukan haiwan seperti dolfin, panda serta musang artik yang melucukan. Terdapat juga beberapa kedai makan di sana, namun anda disarankan untuk berkunjung ke Clown Corner untuk menikmati hidangan halal yang diiktiraf oleh The Incorporated Trustees of The Islamic Community Fund of Hong Kong.
Warga tempatan serta pelancong luar juga pergi ke Water World Ocean Park — terutamanya sewaktu musim panas. Destinasi ini dikenali sebagai taman tema air pertama di Asia yang sesuai dikunjungi di sepanjang musim dan tahun. Taman tema ini menyediakan lima zon yang dipenuhi pengembaraan bertemakan air yang hebat, dari platform terjunan yang tinggi buat mereka yang sukakan cabaran, kepada kolam berombak untuk peluncur amatur. Untuk makan tengahari, anda boleh singgah di Horizon Grill, bersebelahan dengan kolam berombak dalaman; restoran ini menyajikan makanan halal yang lazat seperti shawarma dan ‘taco’.
Tambahan lagi, pelancong Muslim juga boleh mendirikan solat fardhu di sini. Water World menyediakan ruang solat bersebelahan dengan Information Counter yang anda boleh dapati sebelum memasuki taman tema ini.
Lokasi tarikan pelancong yang ikonik, The Peak, dengan ciri-ciri tarikan yang mengujakan seperti Madame Tussauds dan Monopoly Dreams (tarikan bertemakan Monopoly yang pertama di dunia), merupakan antara destinasi yang berbaloi untuk dilawati semua penggemar taman tema.
Dengan memuatkan The Peak ke dalam jadual perjalanan, anda berpeluang untuk menaiki Peak Tram yang sudah berkhidmat untuk bandar ini selama 130 tahun. Trem funikular yang vintaj ini sebenarnya merupakan lebih daripada pengangkutan yang membawa penumpang ke puncak. Hal ini demikian kerana perjalanan selama 8-10 minit menaiki trem ini membolehkan penumpang menikmati pemandangan panorama bandar Hong Kong yang menakjubkan — waktu terbaik untuk mengambil gambar!
Fakta menarik: Trem yang digunakan sekarang ini merupakan trem generasi keenam dengan cat luaran berwarna hijau gelap. Trem sebelum ini mempunyai bahagian luar berwarna merah.
Antara ruang ibadah yang berdekatan termasuklah Jamia Mosque yang dikenali sebagai masjid tertua di Hong Kong dan telah dibina pada tahun 1840. Masjid ini terletak di Shelley Street di dalam kawasan Central Mid-Levels, dalam jarak yang membolehkan anda berjalan kaki dari MTR Central Station.
Mulakan hari kedua anda di Hong Kong dengan penuh gaya. Bersedia untuk terpesona dengan pameran yang mengujakan di Avenue of Stars, tarikan berhadapan pelabuhan di Tsim Sha Tsui yang meraikan nama-nama besar dalam industri hiburan Hong Kong!
Telusuri laluan berturap yang dipenuhi cap tangan lebih 100 orang selebriti terkemuka yang anda boleh dapati di sepanjang jalan serta serta susur tangan di sana. Antara ikon terkenal yang dimaksudkan termasuklah Jackie Chan, Chow Yun-Fat, dan Andy Lau. Jangan lupa untuk menatap dan bergambar dengan salah satu cap tangan ikon paling popular di Hong Kong: Bruce Lee, yang juga mempunyai tugu berukuran 2.5 meter yang dihasilkan oleh artis disegani, Cao Chong-en.
Fakta menarik: Anda boleh mengetahui dengan lebih mendalam tentang kehidupan selebriti kegemaran anda melalui imbasan kod QR yang terdapat di sana.
Sinar matahari, bayu laut serta kopi ditangan — merupakan salah satu cara yang kami gemari bagi memulakan perjalanan di Hong Kong.
Selepas mendapat sinar suria yang secukupnya di laluan berturap Avenue of Stars, tiba masanya untuk anda berteduh di dalam. K11 Musea merupakan destinasi cara hidup baharu yang menggabungkan budaya dengan perdagangan. Lokasi ini bukanlah pusat beli-belah sembarangan. Hasil karya seni kontemporari serta barisan jenama terkemuka boleh didapati pada setiap tingkat yang berbeza di pusat beli-belah ini. Antara tarikan utama di sini termasuklah ladang atas bumbung serta MoMA Design Store terbesar di Asia. Bukan itu sahaja, malahan anda juga berpeluang mendapatkan biskut halal yang enak dari Cookies Quartet, sebuah francais terkenal di Hong Kong.
Setelah merasai pengalaman elit di K11 Musea, luangkan waktu tengahari anda dengan bersantai di luar. Anda boleh pergi semula ke Kowloon dan berehat di West Kowloon Art Park, sebuah taman yang dipenuhi kehijauan di West Kowloon Cultural District, tempat pelancong luar serta masyarakat setempat meluangkan masa, mengayuh basikal, dan menikmati pemandangan pelabuhan yang mempesonakan.
Lokasi-lokasi bertemakan seni dan budaya yang berdekatan juga berbaloi untuk anda jelajahi, terutamanya M+ dan Hong Kong Palace Museum. Untuk pengetahuan anda, suasana di taman seni ini lebih ‘hidup’ pada waktu senja. Persembahan secara langsung dan acara komuniti selalunya mengambil tempat di bahagian luar, dan taman seni ini menyediakan laluan berturap yang sesuai dijadikan tempat melihat matahari terbenam.
Masih punya waktu terluang setelah bersantai di taman? Seringkali dianggap pusat beli-belah terbesar di bandar ini, Harbour City merupakan satu lagi lokasi wajib singgah dalam jadual perjalanan anda ke Hong Kong. Pusat ini gah dengan lebih 450 kedai dan 90 gerai makanan dan minuman — ditambah pula dengan galeri seni dan dek pemerhatian serta banyak lagi. Lapar? Green Common merupakan kedai makan berasaskan tumbuhan yang sesuai dikunjungi pelancong Muslim yang sedang mencari hidangan halal tatkala letih membeli-belah.
Akhir sekali, hiburkan diri anda dengan momen indah melihat matahari terbenam di Victoria Harbour. Dan anda sememangnya bertuah kerana berada di pusat beli-belah ini. Ocean Terminal Deck yang merupakan dek pemerhatian Harbour City yang berada di atas air dan didatangkan dengan lanskap panorama Hong Kong Island dan Kowloon yang cantik, sesuai dijadikan lokasi menonton suria terbenam.
Pelancong Muslim boleh pergi ke Kowloon Mosque untuk solat lima waktu. Merupakan masjid megah di Tsim Sha Tsui, bangunan dengan batu marmar indah ini merupakan mercu tanda yang mengagumkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Masjid ini adalah yang terbesar di Hong Kong dan berupaya memuatkan seramai 3,500 jemaah.
Ini hari terakhir anda di sini, jadi pastikan anda luangkan masa tersisa ini sebaiknya! Persinggahan pertama: Central Market. Destinasi ini merupakan pasar basah pertama di Hong Kong semasa pembukaannya pada tahun 1842. Namun, selepas menjalani penambahbaikan pada tahun 2021, Central Market diubahsuai menjadi oasis makanan, budaya, dan komuniti setempat.
Di sini, anda boleh dapatkan buah tangan satu dalam seribu seperti cenderahati bertemakan trem di Hong Kong Tram Store, keratan akhbar Hong Kong lama di Seon Hong Kong, malahan juga barang-barang fesyen yang menarik di Hexadoor. Lebih gemar membawa pulang makanan enak? Anda boleh singgah di Imperial Patisserie, kedai kek halal yang menyajikan pastri Cina yang lazat, sesuai untuk dibawa pulang oleh semua ‘foodie’ Muslim.
Apalah erti jadual perjalanan ke Hong Kong sekiranya dim sum tidak tersenarai di dalamnya? Jika anda tanya pada kami, ladu kecil ini sudah cukup menjadi penyebab untuk anda kembali berkunjung ke kepulauan ini lagi dan lagi. Terutamanya apabila kami menjumpai dim sum halal terbaik di Hong Kong yang terdapat di Islamic Centre Canteen. Tempat ini cukup dikenali dalam kalangan masyarakat Muslim tempatan kerana menyediakan masakan Cina yang halal dan asli, namun begitu, dim sum tetap menjadi kegemaran ramai. Bagi pelancong Muslim yang datang ke mari, hidangan dim sum ini wajib untuk anda cuba.
Kantin ini terletak di tingkat lima Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick Islamic Centre, sebuah ruang ibadah yang terkenal dalam kalangan pelancong Muslim di Hong Kong untuk menunaikan solat.
Tiga hari sememangnya tidak cukup untuk ekspedisi yang lengakp ke pulau-pulau Hong Kong, namun, anda masih mampu melihat permata-permata indah di Hong Kong dengan pengalaman 25 minit menaiki kereta kabel di Ngong Ping 360. Akhiri jadual perjalanan tiga hari di Hong Kong anda dengan mengamati lanskap pandangan udara gunung-ganang di Lantau Island. Kemudian, teruskan baki perjalanan anda ke Ngong Ping Village yang terkenal dengan Big Buddha berwarna gangsa dan Po Lin Monastery.
Ngong Ping juga menyediakan ruang ibadah untuk pelancong Muslim. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari kaunter Visitors Information mereka.
Also read: EAT, PRAY, LOVE: 6 DESTINASI DI HONG KONG YANG WAJIB DIKUNJUNGI MUSLIM
Lanskap Hong Kong yang luas dan kaya dengan pelbagai tarikan mungkin mengambil masa berminggu-minggu untuk anda terokai sepenuhnya, tetapi panduan perjalanan tiga hari ini boleh menjadi permulaan yang baik untuk pelancong yang merancang untuk berkunjung ke sini buat pertama kali. Dengan gabungan seni, budaya, makanan serta hiburan yang disajikan, anda pasti terpukau dengan keindahan bandar ini.
Masih ragu-ragu untuk bertandang ke sini? Mari kami gambarkan apa yang Hong Kong bakal sajikan buat anda. Bayangkan anda sedang berada di sana, menikmati pemandangan saujana bandar Hong Kong dari Victoria Harbour. Indah, bukan? Jadi, tempah tiket penerbangan anda sekarang dan puaskan keinginan pengembaraan di hati!
Dibawakan khas oleh Hong Kong Tourism Board.
Published on
想要趁着周末或公共假期在国内旅游, 但只能想到槟城极乐寺、 吉隆坡双峰塔、 热浪岛, 又觉得这些地方太主流、 人又多、 而且没新鲜感了吗? 今天,小编就要来向大家介绍一些马来西亚可媲美国外、 鲜为人知的冷门景点吧·!
9月16日。。。约吗?
山峦起伏的森美兰州, 有绿意盎然的美景, 成片成片的热带雨林在雨后更加翠绿, 空气更加新鲜! 这里绝大部分的民宿都以贴近自然为特色, 因此有些民宿甚至让你住进没有无线网络的鸟巢, 真实感受远离世俗和尘嚣的滋味。 今天小编推荐几座值得一去的森美兰民宿。 环境幽静空气新鲜的好地方, 千万不能错过!
每年的跨年大集会, 除了有歌舞升平的好气象之外, 还会有各种烟花大会, 迎接2020的到来~ 为你推荐这些超吸睛的烟火会, 还不赶快带上你最亲爱的去欣赏这份免费的浪漫情怀?!
日本, 是亚洲一个神奇的旅游胜地。 但凡去过一次, 就会上瘾, 然后就会想要探索那里的春夏秋冬。 日本的冬季, 可以达到零下的温度, 甚至有很多越冷越受欢迎的景点。值得一提的是, 日本的冬季集浪漫、 萧条、 迷人为一身。 你也可以趁着冬季来到北海道滑雪, 或是泡一个美美的温泉! 无以伦比的旅行就此开始。
美味的沙巴之旅,我来啦~
Don't let these misconceptions cloud your judgment!
说走就走的中国行!
Check out all the city’s must-visit attractions and must-try foods!
赏心悦目的 KL 度假屋!